Rabu, 10 November 2010

Najib masih jalani rawatan lanjutan di HKL

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Sabtu lalu, masih lagi menjalani rawatan lanjut di hospital itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Perdana Menteri semakin sembuh dan menunjukkan respons baik terhadap rawatan, bagaimanpun, beliau masih perlu ke hospital untuk menjalani beberapa rawatan lanjutan,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Hospital Ampang yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini hari ini.

Beliau berkata Najib hanya boleh mula bertugas selepas mendapat laporan kesihatan dan perakuan daripada pakar-pakar perubatan mengesahkan bahawa beliau sihat sepenuhnya.

“Pakar-pakar perubatan sentiasa mengawasi keadaan kesihatan beliau, beliau akan mula bertugas selepas laporan kesihatan beliau dikeluarkan oleh pakar ini,” kata Liow.

Tiada ulasan: