Sabtu, 6 November 2010

Muhyiddin: BN tak boleh leka dengan menang berganda

TERKINI
BERNAMA

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) tidak harus mengambil mudah dengan kemenangannya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas semalam, sebaliknya perlu terus berusaha memastikan kejayaan serupa dicapai pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun kejayaan itu menampakkan adanya perubahan baik dan harapan kepada BN menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak, tetapi ia tidak boleh diambil mudah.

“Kita tidak boleh ukur kemenangan di Galas dan Batu Sapi. Walaupun ada perubahan besar, perubahan yang baik, tetapi BN tidak boleh ambil sikap mudah dengan perubahan dan kejayaan ini kerana kita masih ada banyak kerja yang perlu dibuat,” katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Deepavali MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 setelah memperoleh kemenangan berganda semalam.

BN merampas kembali kerusi DUN Galas di Kelantan dengan majoriti undi 1,190 selain mengekal kerusinya di Parlimen Batu Sapi, Sabah dengan majoriti besar iaitu 6,369 undi.

Mengulas mengenai jumlah majoriti besar yang diterima BN, Muhyiddin menyifatkannya sebagai “perkembangan yang menggalakkan”.

“Perkembangan ini mungkin kerana penerimaan rakyat terhadap dasar kerajaan, kepimpinan Perdana Menteri dan kerja keras yang kita laksanakan sejak satu, dua tahun lepas,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata perkembangan itu hanya langkah permulaan dan tidak boleh diandai akan berterusan tanpa usaha berlipat ganda lagi untuk menjamin kejayaan BN di masa akan datang.

Selain itu, ia juga tidak boleh dijadikan kayu pengukur kepada kejayaan BN dalam pilihan raya umum akan datang, katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula menganggap kemenangan besar BN itu sebagai manifestasi sokongan padu rakyat terhadap Gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Gerakan itu juga melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada jentera parti itu yang turut sama turun padang dan membantu jentera BN memastikan kejayaan di Batu Sapi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berkata kejayaan BN di Galas dan Batu Sapi didorong faktor kepercayaan rakyat terhadap usaha transformasi negara yang dilakukan oleh kerajaan.

Selain sambutan baik terhadap Gagasan 1 Malaysia, beliau berkata usaha kerajaan untuk mewujudkan transformasi ekonomi menerusi pelbagai program termasuk Bidang Keberhasilan Ekonomi Nasional (NKEA) meningkatkan keyakinan rakyat.

Mengenai sokongan komuniti Cina di kedua-dua kawasan itu, Liow yang juga Timbalan Presiden MCA berkata ia menunjukkan komuniti itu semakin yakin dengan BN.

“Jadi, kita harus memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada semua lapisan masyarakat di negara kita,” katanya.

Menteri Sumber Manusia Dr S. Subramaniam yang juga Naib Presiden MIC berkata kejayaan BN dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu membuktikan rakyat sedang menerima prinsip 1Malaysia yang menjadi asas politik di negara ini.

23 ulasan:

azman berkata...

Tahniah kepada BN. BN perlu terus berusaha agar sokongan rakyat terhadap BN berterusan.

Hamdan Hadillah berkata...

Betul, jangan kita lalai kerana kemenangan ini. Tetapi apa yang perlu ialah BN harus lebih berusaha untuk memenangi hati seluruh rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi tidak boleh menyebabkan BN leka. BN harus tingkatkan usaha dalam memenangi hati rakyat.

nickko berkata...

benar seperti yang dinasihatkan oleh TPM, teruskan usaha2 mengekalkan sokongan dan keyakinan rakyat terhadap BN dan tunaikan segala tuntutan rakyat seperti yang telah dijanjikan oleh kerajaan..

Anak Sabah berkata...

BN masih perlu berusaha lagi. Jangan terlalu angkuh dan yakin.

Anak Sabah berkata...

PKR juga perlu teruskan berusaha dan jangan berputus asa.

Nicole berkata...

Its just a good reminder, and please keep up the Good work!

Paquin berkata...

Taniah kepada BN kerana menang berganda :)

Paquin berkata...

Apa yang Muhyiddin katakan ni mmg betul. Janagn leka dan teruskanlah membantu rakyat.

Paquin berkata...

Kemenangan ni adalah bukti rakyat masih mempercayai BN so jangan biarkan rakyat kecewa dengan BN nanti.

Paquin berkata...

Ya nickko. Tunaikanlah tuntutan rakyat seperti yang telah dijanjikan.

Paquin berkata...

Semoga kemenangan berganda ini membolehkan BN lebih komited dalam tanggungjawab mereka sebagai pemimpin.

mike berkata...

saranan TPM adalah benarnya..kemenangan di batu sapi dan galas sebenarnya tidak menunjukkan corak politik malaysia secara amnya..namun, kemenangan ini adalah satu penunjuk/ perkembangan positif kepada BN yang menunjukkan bahawa teras kerajaan yang berdasarkan kepada semangat 1Malaysia kian diterima oleh rakyat.

mike berkata...

"...tetapi BN tidak boleh ambil sikap mudah dengan perubahan dan kejayaan ini kerana kita masih ada banyak kerja yang perlu dibuat...”

sikap leka dan terlalu yakin harus dihindari..untuk memastikan BN akan mencapai kemenangan yang sama seperti di batu sapi dan galas pada PRU13, maka BN harus lebih gigih dan tekun berusaha menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat selaras dengan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

mike berkata...

yang penting, kepentingan rakyat akan terus menjadi prioriti kerajaan..isu2 rakyat harus diselesaikan..

mike berkata...

"...Bagaimanapun, beliau berkata perkembangan itu hanya langkah permulaan dan tidak boleh diandai akan berterusan tanpa usaha berlipat ganda lagi untuk menjamin kejayaan BN di masa akan datang..."

oleh itu, setiap parti komponen BN harus lebih proaktif dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat..harus diingat bahawa BN kini bukan lagi dalam zon selesa sejak PRU12..

Unknown berkata...

Kemenagan berganda mungkin mengakibatkan keegoaan BN terutamanya UMNO.
Jangan lupa golongan pertengahan serta golongan muda kurang sokong BN.

Unknown berkata...

Hujah TPM harus difahami semua lapisan BN.

Unknown berkata...

Sejarah membutikan apa yang dikatakan TPM.

Leo berkata...

Tahniah kepada BN. Ini membuktikan BN tetap pilihan ramai.

Leo berkata...

PRU13 akan datang tidak lama lagi. Oleh itu, semua parti harus bersiap sedia. Berusahalah untuk memenangi hati rakyat!

dave berkata...

wuuuhuu...BN sudah menang kedua2 tempat dgn Majority yg besar di Batu sapi & Majoriti sipi2 di Galas...tapi apa2 pun tetap menang...pujian harus diberikan kepada BN kerana jentera pilihanraya mereka sgt efisyen & bekerjasama antara satu sama lain...

harap apabila PRU13 menjelang tiba, kerjasama ini dieratkan lagi untuk mencapai kemenangan yg lebih besar!

Gopuk berkata...

Sememangnya satu peringatan yang sangat berguna kepada pemimpin BN. Saya menyokong penuh!