Isnin, 8 November 2010

Misi bantuan kemanusiaan AMK ke Kedah

FREE MALAYSIA TODAY

74227_163614107003966_100000661320271_346360_3626280_nPETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Kedah bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Setelah berkumpul di R & R Juru, Pulau Pinang sebanyak 10 buah kereta, tiga Hilux dan sebuah lori yang sarat dengan petugas dan barang makanan bertolak ke Kedah jam 4.00 petang.

Konvoi misi kemanusiaan ini diadakan dengan kerjasama Solidariti Anak Muda Malaysia, unit Ehsan Pulau Pinang dan AMK Pulau Pinang, demikian menurut satu kenyataan.

Misi bantuan kemanusiaan ini diketuai oleh calon Ketua AMK Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) dan calon Timbalan AMK yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Lih Kang.

Tiada ulasan: