Khamis, 4 November 2010

MCA masih kuasai akhbar The Star

MALAYSIA KINI


MCA - parti komponen kedua terbesar dalam kerajaan BN - masih
menguasai Star Publications (Malaysia) Bnd, kata bendahari agungnya, Datuk Tan Chai Ho.

Beliau menjelaskan bahawa 42.2 peratus saham yang bertukar tangan dalam urusniaga hari ini adalah pemindahan pegangan dari Huaren Holdings Sdn Bhd yang merupakan syarikat pelaburan MCA, kepada parti itu.

Bagaimanapun, Bloomberg melaporkan beliau enggan memberi sebab pemindahan tersebut.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Tan berkata "tunggu pengumuman Isnin ini".

Manakala seorang pegawai di ibupejabat MCA, ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyediakan satu kenyataan berkaitan perkara itu.

Tiada ulasan: