Ahad, 21 November 2010

MASYARAKAT CINA TOLAK YONG KERANA CURIGA

LIEW…sedang menjelaskan sesuatu kepada wartawan sabahkini.net semasa diwawancara dalam satu majlis Makan Malam di salah sebuah restoran semalam.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

MEMANG pada mulanya, 80 peratus masyarakat Cina yang menjadi pengundi Karamunting dan Sekong (Parlimen Batu Sapi) menjangkakan Calon SAPP Datuk Yong Teck Lee akan memperoleh kemenangan dengan majoriti besar bagi merebut kerusi Parlimen berkenaan dalam pilihanraya kecil baru-baru ini.

Tetapi jangkaan dan ramalam mereka meleset, ekoran terdapat beberapa faktor penyebab utama Yong tewas dengan jumlah undi yang memalukan; mujur tidak sampai kehilangan deposit.

Sentimen parokial sempit yang dimainkan Yong, ‘Sabah for Sabahans’ sedikitpun tidak membawa erti atau diberi perhatian oleh para pengundi sekalipun Yong bersama para penyokongnya bertungkus lumus berkempen di sana- sini, sehingga mencabar Ketua Menteri Sabah berdebat.

Wartawan Sabahkini.net berkesempatan menemui Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Kiong untuk bertanya kenapa masyarakat Cina tidak memberi peluang kepada Yong untuk berbakti dan membawa suara Sabah di Parlimen.

Sehubungan itu, VK Liew berkata, masyarakat Cina telah memberikan peluang kepada Yong untuk bertanding sebagai Calon Parlimen Batu Sapi namun mereka memikirkan tidak wajar memberi peluang kepada Yong untuk menang setelah memikirkan selama dua tahun Yong menjadi Ketua Menteri Sabah (1996-1998) beliau gagal menjaga amanah rakyat.

“Ke mana sudah perginya Saham Amanah Rakyat Sabah (SARS) dan kawasan tanah di Tongod khususnya di Kuamut habis diagehkan kepada kroni. Apa yang dia buat untuk membantu masyarakat Cina?,” tanya VK Liew yang menyifatkan Yong telah ditolak rakyat; sama seperti Mantan Presiden Berjaya, Datuk Harris Salleh suatu masa dulu.

Tegas Liew lagi, baik-baik mereka bersama BN, namun atas sifat tamak mahu menjadi Menteri Persekutuan dan merajuk kepada Kerajaan Negeri Sabah, Yong telah mengkhianati kepercayaan rakyat dan ahli SAPP denga mengamalkan politik songsang menikam BN daripada belakang ketika BN amat memerlukan mereka.

Semasa SAPP keluar dari BN, kata VK Liew, bukan saja wakil-wakil rakyatnya menjadi gusar dan kucar-kacir yang tidak sehaluan lagi dengan BN, bahkan para pegawai yang bertugas di pejabat UPKR (Jabatan Ketua Menteri) termasuk kakitangan agensi tersebut telah kehilangan pekerjaan.

Tegas VK Liew lagi, rakyat Batu Sapi curiga untuk memilih Yong, sekalipun yakin beliau akan menambah suara pembangkang di parlimen, namun mereka juga khuatir jika menang Yong akan kembali merujuk kepada BN dengan meminta jawatan yang lebih tinggi lagi di dalam Kabinet Malaysia.

Perkara inilah kata VK Liew yang menakutkan kepada para pengundi berkenaan kerana sekiranya menjadi kenyataan, yang rugi bukan Yong, tetapi para pengundi sendiri.

Katanya, kemenangan calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin memang sudah diduga sejak hari penamaan calon kerana rakyat di kawasan Batu Sapi sudah tahu dan mengenali erti pembangunan yang telah dan bakal dikecapi.

“Dalam kesempatan ini, sebagai rakan seperjuangan dalam BN, saya berharap agar Datin Linda sentiasa membuat lawatan ke kawasan pulau terpencil untuk menemui penduduk supaya dapat melihat sendiri permasalahan yang dihadapi mereka, terutama sekali mengenai pembangunan asas,” ujar VK Liew lagi.

Walaupun VK Liew enggan mengulas mengenai dakwaan pemerhati politik bahawa hanya 47 peratus masyarakat Cina yang turun mengundi pada pilihanraya kecil berkenaan, namun beliau tidak menafikan anggapan mereka bahawa pilihanraya kecil tersebut tidak begitu penting kerana yakin BN tetap akan mempertahankan kubu kuat di Batu Sapi.

29 ulasan:

Hosie Masie berkata...

Kita boleh memikirkan tidak wajar memberi peluang kepada Yong untuk menang setelah memikirkan selama dua tahun Yong menjadi Ketua Menteri Sabah (1996-1998) beliau gagal menjaga amanah rakyat. Nasib rakyat Sabah mempunyai pendirian sendiri dan memilih yang terbaik untuk mereka.

Hamdan Hadillah berkata...

semasa beliau menjadi menteri pun, apa yang beliau berikan kepada masyarakat cina di Sabah??saya rasa macam tidak ada sesuatu sedekah pun diberikan oleh YONG. Oleh itu ini mungkin antara sebab kenapa yong tidak ada sokongan dari masyarakat cina.

zam berkata...

kekalahan Yong merupakan bukti rakyat menolak perjuangan beliau.

Tanpa Nama berkata...

sikap tamak dan sering putar belit yang menyebabkab pengundi cina kurang yakin dgn YOng.

Anak Sabah berkata...

Betulkah ada 80 peratus pengundi Cina yang mempercayai Yong Teck Lee. Saya rasa kenyataan ini tidak logik. Yong tidak mendapat sokongan banyak daripada rakyat cina sejak dari BN lagi. Saya rasa was-was dengan ketelusan kenyataan ini.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anak Sabah berkata...

Saya rasa rakyat masih belum melupakan apa yang Yong telah melakukan dalam tempohnya sebagai KM dan juga peristiwa SAS yang menyebabkan kerugian oleh rakyat Sabah. Tak mungkin Yong akan diterima balik.

Tanpa Nama berkata...

bukan sahaja di Batu Sapi malah seluruh Sabah juga belum tentu mahu menerima Yong sebagai MP di kawasan mereka.

Tanpa Nama berkata...

mungkin lebih baik jika Yong bersara dan SAPP dibubarkan. beri peluang kepada parti pembangkang yang lain untuk bersaing dengan BN. kekalahan Yong di Batu Sapi membuktikan Yong dan SAPP tidak popular dikalangan rakyat Sabah.

Unknown berkata...

Tidak hairan masyarakat cina tolak Yong kerana semasa Yong adalah KM, dia gagal menjaga amanat rakyat. Banyak rakyat mengalami kerugian dalam amanah saham, ada juga yang telah bunuh diri.

Tanpa Nama berkata...

walaupun Yong mempunyai banyak pengalaman dalam selok belok politik, tetapi jika pengalaman2 itu telah dicemari dengan reputasi2 buruk beliau, walau berapa tahun akan datang pun ia tetap menjadi pertimbangan rakyat untuk menolak beliau.

Velove berkata...

Rupanya masyarakat cina tidak memberi sokongan kepada ketua mereka sendiri.Alangkah sedihnya.

chimchim berkata...

Oh my. Is that true? I thought Yong is such a powerful source to tear them down.

onong berkata...

Yong patut bersyukur dapat bertanding kali ini.Cuma kebenaran itu amat perit untuk diketahui.

dollie berkata...

Yong Teck Lee can leave the stage, graciously now.

Unknown berkata...

Oh poor YTL. You should take a rest now.

mike berkata...

bukan saja masyarakat cina malah kaum2 lain..Yong sudah hilang sokongan dan kepercayaan dari akar umbi..

mike berkata...

rakyat sabah kini sedar bahawa Yong sebenarnya hanya mementingkan agenda peribadi..

Tanpa Nama berkata...

bukan sahaja pengundi cina, malah pengundi lain juga tak yakin dgn yong.

mike berkata...

SAPP kini dilihat sudah tidak relevan..buktinya pada PRK batu sapi di mana Yong kalah kepada calon BN malah kepada calon PKR..mungkin sudah masanya untuk ahli2 SAPP memikirkan tentang masa depan.

mike berkata...

yong perlu menerima kenyataan bahawa rakyat tidak akan memihak kepadanya..rasanya mungkin sudah tiba masa bagi yong untuk bersara dari dunia politik..jelas bahawa yong ditolak rakyat sama seperti harris..

nurfatihah berkata...

Kegiatan Yong sudah terbongkar. Jadi Yong perlu hadapi pembalasannya. Rakyat Sabah tahu siapa Yong sebenarnya.

Gopuk berkata...

Sememangnya nama YTL sudah tercemar dek perbuatannya sendiri. Dia seharusnya membersihkan nama dia sebelum pergi bertanding. Tapi sekarang harapan sudah musnah dan nampak sangat tidak ada lagi yang menyokong dia.

kb girl berkata...

Saipa lagi yang percya akan seorang pemimpin yang tiada pendirian?

Unknown berkata...

Rekod cemerlang Yong sudah cukup membuatkan beliau ditolak masyarakat Cina Sabah.

Unknown berkata...

Yong telah menghampakan masyarakat Cina Sabah semasa beliau menjawat jawatan KM Sabah selama dua tahun yang tidak banyak membawa perubahan di negeri ini.

Unknown berkata...

Sekali ditipu kerana kita cuai. Kalau ditipu orang yang sama buat kali kedua, itu namanya 'BODOH'.

captain berkata...

Kes Saham Sabah banyak menyakitkan hati pelabur yang kebanyakannya Sabahan.
Beliau KM masa tersebut tetapi tidak dapat memberikan penjelasan yang boleh diterima pelabur.

Unknown berkata...

Yong kini tahu akan kedudukan beliau dalam hati orang Sabah.