Rabu, 24 November 2010

Mahkamah Benar Anwar Dapatkan Laporan Protokol Perubatan

Oleh Suara Keadilan

saifulhklKUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan borang laporan protokol perubatan (proforma) saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketika membuat keputusan itu Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata beliau membenarkan permohonan itu kerana dokumen berkenaan sudah dirujuk saksi ketiga pendakwaan (SP3) pakar patologi foresnik Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur ketika mahkamah berhenti rehat semalam.

“Pada pandangan saya saksi bleh merujuk kepada nota semasa soal balas...maka permohonan untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah ditolak,” Mohd Zabidin.

Mohamadf Zabidin bagaimanapun menolak permohonan pihak pembelaan agar Dr Siew dikenakan perintah menghina mahkamah atas tindakan beliau tersebut.

'Proforma' merupakan dokumen yang selalu digunakan dalam kes penganiayaan seks yang mempunyai butiran pemeriksaan perubatan yang dijalankan ke atas pengadu.

Tiada ulasan: