Rabu, 10 November 2010

Lebih 5 juta kenderaan lebih usia 10 tahun

SINAR HARIAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,110,326 daripada 19,820,842 jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia sehingga Ogos lepas berusia lebih 10 tahun, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata kementerian sentiasa menekankan aspek keselamatan terhadap semua kenderaan tanpa mengambil kira usia kenderaan berkenaan.

"Selain daripada tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia, langkah pengawalan keselamatan melalui pemeriksaan Puspakom diwajibkan bagi memastikan kenderaan itu masih layak digunakan," katanya semasa menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Salahudin ingin tahu jumlah kenderaan berdaftar di negara ini melebihi usia 10 tahun dan langkah pengawalan keselamatan yang diambil bagi memastikan kenderaan itu selamat.

Abdul Rahim berkata pemeriksaan yang dilakukan adalah berdasarkan beberapa kategori termasuk kategori kenderaan perdagangan yang memerlukan kewajipan pemeriksaan awalan sebelum pendaftaran dan menjalani pemeriksaan berkala setiap tahun bagi dua tahun pertama dan setiap enam bulan untuk masa seterusnya.

Tiada ulasan: