Isnin, 8 November 2010

Lawatan Mengejut Ke Kampung Berembang

SELANGOR KINI

AMPANG– Kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan kelewatan kontraktor menyiapkan projek perumahan kos rendah di Kampung Berembang, Ampang.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad, semalam melakukan pemeriksaan mengejut ke lokasi pembinaan yang dikatakan tertunda lebih dua tahun sembilan bulan.

Kontraktor terbabit diberi amaran keras, dan diarah menyegerakan pembinaan bagi membolehkan penduduk berpindah dan mendiami rumah yang dijanjikan.

Mengimbau kembali peristiwa perobohan Kampung Berembang 4 tahun lalu sememangnya kenangan yang memilukan bagi mereka yang menyaksikannya.

Namun berat mata memandang, berat lagi bahu penduduk yang memikulnya.

Kampung Berembang adalah kes klasik penempatan peneroka yang menjadi mangsa tuntutan pembangunan, kerakusan pemaju dan salah guna kuasa.

Tiada ulasan: