Jumaat, 26 November 2010

Kunjungan SPRM untuk maklumkan penahanan pegawai kanan Yayasan Selangor

BERNAMA

SHAH ALAM — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kunjungan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diketuai Pengarah SPRM Negeri Datuk Jaafar Maahad di pejabatnya di sini semalam.

Kunjungan SPRM itu bertujuan memaklumkan secara rasmi kepada Abdul Khalid mengenai penahanan seorang pegawai kanan Yayasan Selangor yang dikaitkan dengan penganjuran Majlis Ulang Tahun ke-40 yayasan itu yang didakwa melebihi RM300,000, menurut kenyataan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Kenyataan itu juga menyebut kunjungan SPRM bukannya bertujuan untuk mengambil keterangan daripada Menteri Besar seperti yang dilaporkan oleh beberapa media hari ini.

Tiada ulasan: