Sabtu, 20 November 2010

Komponen gusar 'rakan BN' dibenar bertanding

S Pathmawathy

Cadangan supaya keahlian terus dibenarkan bagi menganggotai BN mula menimbulkan keresahan di kalangan parti-parti komponen kerana gusar 'rakan BN' yang baru diwujudkan itu akan diletakkan sebagai calon pada pilihan raya akan datang. Menurut sumber BN, butiran mengenai kategori baru bagi penerimaan keahlian terus ke BN itu masih belum dibincang dan dimuktamadkan. barisan nasionalIni bagaimanapun memerlukan pindaan perlembagaan BN sebelum ia boleh dikuatkuasakan. Sumber itu berkata meskipun, perkara itu dicadangkan pada awal tahun ini, tetapi setakat ini belum ada perbincangan rasmi diadakan. Namun, beliau percaya perkara berkenaan akan menjadi mauduk utama semasa konvensyen BN yang dijadualkan pada 28 November ini di Wisma MCA, Kuala Lumpur. “Terdapat banyak perkara masih samar-samar yang perlu perbincangan lanjut. Keahlian terus, kita boleh bersetuju menerima mereka. Tetapi bagaimana jika mereka (ahli BN itu) mahu bertanding? “Jika mereka tidak setuju menyertai mana-mana parti komponen tetapi mahu bertanding pada pilihan raya sebagai calon BN, adakah ini mustahil?” soal sumber itu. NONE"Dan jika ahli sedemikian dibenarkan bertanding di bawah tiket BN, parti komponen BN sudah tentu akan hilang haknya untuk bertanding di kerusi-kerusi tertentu.” Cadangan keahlian terus dibuat bagi mewujudkan platform kepada orang ramai yang bersetuju menyokong BN tetapi tidak mahu menganggotai mana-mana parti komponennya. Pemimpin BN berharap dengan platform seumpama itu, sokongan rakyat yang tidak menyertiao parti komponen tidak akan lari kepada Pakatan Rakyat. Persoalan juga timbul berhubung masalah logistik untuk parti komponen oleh ahli-ahli 'rakan BN'. "Katakan jika seseorang menyertai 'rakan BN', tetapi individu itu telah dipecat oleh parti komponen... gerakan gdc agm 071110 muhyiddin"Tidakkah ini merampas kuasa pemimpin parti parti komponen dan mempersendakan keputusan mereka?” soal seorang presiden parti komponen yang mahu identitinya tidak diumumkan. Parti komponen juga dikatakan tidak selesa dengan cadangan mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi menentukan calon-calon BN untuk pilihan raya yang didakwa membelakangkan kuasa mereka sebagai pemimpin parti komponen. “Telah menjadi amalan sejak BN ditubuhkan, pemimpin parti komponen akan mengemukakan calon pilihan parti itu. Meskipun keputusan muktamad di tangan presiden (BN) tetapi ia tetap adalah prerogatif kami,” kata sumber itu.

15 ulasan:

blogmaster berkata...

Assalamualaikum , tuan blog yang budiman serta pembaca blog ini yang dihormati, di sini ada 1 jemputan:

Ekspo Perdagangan Antarabangsa Cheng Ho, Stadium Sultan Muhammad IV,Kota Bharu, Kelantan
21- 26 November 2010 / 10 pagi - 10 malam. Semua dijemput hadir.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kelantan Ingin menjemput tuan, puan, saudara, saudari, adik,abang dan kakak serta seluruh Rakyat Malaysia yang dihormati untuk turut memeriahkan Ekspo Perdangangan Antarabangsa Islam @ Ekspo Cheng Ho (Kelantan-China) pada 21 hingga 26 November 2010/ jam 10 pagi hingga 10 malam.
Bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan

- Pameran Teknologi Bertaraf Dunia dari China
- Pameran Perniagaan Malaysia dan China
- Pesta Makanan Halal IKS Tempatan & Antarabangsa
- Pameran Ilmiah Tamadun
- Pameran Sejarah Islam & Pelayaran Cheng Ho
- Forum Perniagaan & Business Matchmaking
- Pertunjukan Fesyen Islam
- Pertunjukan Akrobatik


Bagi mereka yang tidak dapat hadir, masih boleh kunjungi Ekspo Cheng Ho ini secara "Maya@ Virtual" melalui saluran web/ blog berikut:

Blog Media Cheng Ho Expo www.chenghoexpo.blogspot.com
Online Expo di - www.chenghoexpo.net
TV 6 TV Malaysia.net - www.tvmalaysia.net
dan Web YB Dato Husam Musa - www.husammusa.com


Terima Kasih.

Hamdan Hadillah berkata...

apa pun berikanlah sesuatu dengan cara yang adil kepada semua komponen BN.

zam berkata...

harap apa yang dilakukan memberi menafaat kepada semua pihak.

Tanpa Nama berkata...

pastikan mereka yang bertanding benar2 berkelayakan.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan keputusan yang terbaik akan dibuat.

Tanpa Nama berkata...

mungkin semua 13 komponen BN boleh membahaskan isu ini melalui konvensyen BN pada 28 Nov ini. apa sahaja tindakan yang menjadi perbalahan dikalangan komponen BN perlu diselesaikan secara tertutup.

Tanpa Nama berkata...

pemimpin atasan BN perlu berhati2 dalam setiap tindakan, lebih2 lagi jika ianya melibatkan kepentingan ahli2 dalam komponen BN.

Unknown berkata...

Latarbelakang seseorang yang bertanding itu haruslah mempunyai latarbelakang yang baik. Ini supaya rakyat lebih yakin dengan calon tersebut.

Gopuk berkata...

Jika diberi peluang apa salahnya, sedangkan dia berpotensi untuk pergi jauh dan jika rakyat pun sudah meletakkan kepercayaan kepadanya, tidak ada alasan untuk berasa risau.

kb girl berkata...

Komponen BN pasti tidak senang dengan keputusan ini malang tiada yang berani membantah.

Unknown berkata...

Jika benar komponen BN gusar rakan BN dibenar bertanding, inilah bukti jelas bahawa mereka ini gilakan kuasa dan bukan iklas berkhidmat untuk rakyat.

Unknown berkata...

Jika calon tersebut berpeluang besar menang di kubu kuat pembangkang, tiada sebab dia tidak diberi peluang.

Unknown berkata...

Siapa yang mampu dan iklas berkhidmat, dia harus diberi peluang.
Sia-sia saja jika peluang diberi kepada calon yang lemah walau dia adalah ahli BN yang sah.

captain berkata...

Jangan gusar. Jika tiada persetujuan sebulat suara dari komponen BN, pekara ini tidak akan terjadi.

Unknown berkata...

Memandangkan buat masa ini sudah tidak cukup kerusi untuk dibahagikan antara komponen parti BN, kini datang pula ahli bergabung.