Selasa, 23 November 2010

Kes liwat: Karpal gesa saksi didakwa hina mahkamah, keputusan esok

TERKINI


KUALA LUMPUR — Dalam satu lagi perkembangan dramatik pagi ini, pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta seorang saksi kes liwat kedua ketua pembangkang itu dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Peguam utama Karpal Singh mendakwa patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng iaitu saksi pendakwa ketiga (SP3) telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawa Kanun Keseksaan kerana “mencampuri pentadbiran kehakiman.”

Karpal berhujah bahawa Dr Siew, yang enggan mengemukakan atau merujuk kepada laporan ‘proforma’ ketika sesi pemeriksaan balas, telah merujuk kepada dokumen itu ketika waktu rehat prosiding.

Pasukan Anwar mahu Dr Siew agar merujuk kepada laporan itu dan mengemukakan ketika sesi pemeriksaan balas, tetapi enggan dibuat oleh Dr Siew, meskipun tidak boleh ingat sedikit pun kandungannya.

Laporan ‘proforma’ merujuk kepada satu bentuk atau satu senarai yang dilengkapkan sebelum mengendalikan pemeriksaan ke atas pesakit.

“Ketika mahkamah berehat, saksi memilih untuk menyegarkan memorinya dengan melihat pada laporan. Dia telah mengakuinya,” kata Karpal.

Peguam itu berkata seorang saksi kekal dalam keadaan mengangkat sumpah meskipun ketika waktu rehat, bermakna Dr Siew telah melakukan kesalahan dengan “menyegarkan” ingatan dia dengan melihat pada nota-nota klinikal.

Kata Karpal, saksi itu telah melakukan dua kesalahan iaitu menghina mahkamah dan mencampuri proses kehakiman.

“Dia boleh didakwa,” kata Karpal.

Karpal juga memohon apa sahaja material yang digunakan oleh Dr Siew untuk mengingat kembali perkembangan lalu — ketika pemeriksaan ke atas pengadu — harus dibekalkan kepada pembela.

Ketua pasukan pendakwaan Datuk Yusof Zainal Abiden berhujah bahawa tiada peruntukan perundangan yang mengehadkan bila seseorang saksi boleh menyegarkan ingatannya dan sebaliknya.

“Yang arif harus mengambil masa untuk memutuskan perkara ini (untuk mendakwa Dr Siew menghina mahkamah),” kata Karpal.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian berkata beliau akan membuat keputusan esok.

Terdahulu, Anwar mahu hakim yang mendengar kes liwat keduanya digugurkan ekoran keputusan semalam menafikan beliau akses kepada nota-nota klinikal disediakan tiga doktor HKL.

Mohd Zabidin semalam memutuskan pasukan pembela telah gagal mengemukakan sebab mengapa mahkamah harus membenarkan Anwar akses kepada nota-nota klinikal.

Karpal mendakwa bahawa keputusan hakim telah tersalah tafsir satu keputusan Mahkamah Agung pada 1993 bahawa mahkamah-mahkamah tertakuluk kepada keputusan di mana saksi mesti disediakan dengan kesemua data yang dijadikan asas maklumat.

Hakim menolak permintaan Karpal agar prosiding ditangguhkan bagi mereka memfailkan permohonan.

Permohonan itu akan difailkan pagi esok.

Ini bukan kali pertama Anwar berusaha untuk menggugurkan hakim daripada mendengar kesnya.

Semalam, Mahkamah Tinggi menafikan Anwar untuk akses pada nota klinikal yang diambil oleh tiga pakar HKL ketika membuat pemeriksaan terhadappengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mohd Zabidin menolak permohonan Anwar untuk satuperintah bagi memaksa pihak pendakwaan membekalkan nota klinikal yang diambiloleh tiga pakar HKL itu semasa memeriksa Saiful selama tiga jam dihospital tersebut pada malam 28 Jun 2008.

Pihak pembelaan memohon untuk nota itu selepas pakar bedah am Dr Mohd Razali Ibrahim merujuk kepada mereka semasa testimoni beliau, di mana pihak pembelaan memikirkan bahawa nota itu jika dikeluarkan berkemungkinan bercanggah denganketerangan lisan Dr Razali.

Dr Razali adalah saksi pendakwaan kedua pada perbicaraan Anwar, yangdidakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tiada ulasan: