Isnin, 22 November 2010

Kes liwat: Air mani boleh kekal 72 jam di rektum, kata pakar bedah

KUALA LUMPUR– Pakar bedah Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang melakukan pemeriksaan ke atas saksi utama dan pengadu Mohd Saiful Bukhari, hari ini memberitahu makamah, air mani boleh kekal dalam rektum sehingga 72 jam selepas diliwat.

“Bila seseorang memanctukan air mani ke dalam dubur, berapa lama air mani itu akan kekal dalam dubur sebelum ia menitis keluar?” soal Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Kira-kira 72 jam,” jawab pakar bedah am HKL Dr Mohd Razali Ibrahim.

Saiful mendakwa telah diliwat Anwar pada 26 Jun 2008. dan telah ke HKL pada 28 Jun kurang daripada 72 jam selepas mendakwa dia diliwat.

Dr Razali memberitahu mahkamah dia memeriksa dubur Saiful 54 jam selepas perbuatan itu didakwa terjadi.

Bagaimanapun doktor itu berkata, hasil pemeriksaan mendapati dubur Saiful kosong walaupun pengadu itu sebelum ini mengadu tidak membuang air besar sejak diliwat.

Tiada ulasan: