Sabtu, 27 November 2010

Keputusan Samada Mohamad Zabidin Kekal Hakim Kes Fitnah II 6 Dis

Oleh Suara Keadilan

saiful2KUALA LUMPUR - Keputusan samada pihak pembelaan kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengugurkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah daripada terus mengadili perbicaraan tersebut akan didengar pada 6 Disember depan.

Mohamad Zabidin membuat keputusan untuk menangguhkan prosiding hari ini setelah mendengar hujah pihak pendakwaan agar dapat meneliti permohonan ketua pasukan pembelaan Karpal Singh berhubun permohonan yang dibuat.

Hakim mengarahkan pihak pendakwaan menyambung penghujahan mereka pada 6 Disember sebelum beliau membuat keputusan samada akan menarik diri daripada kes itu.

"Saya akan teliti semula dan beri keputusan pada 6 Disember pada hari perbicaraan disambung," kata Moamd Zabidin.

Pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria dalam berkata pihaknya mendapati hakim tidak membuat sebarang ugutan seperti yang didakwa oleh Karpal kerana Mohamad Zabidin hanya menterjemah undang-undang dari sudut pandangan beliau.

Hanafiah mewakili Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin yang tidak dapat hadir sejak semalam kerana uzur.

Begitu juga Karpal tidak hadir kerana mengendali kes berasingan di Mahkamah Rayuan dan beliau diwakili oleh Datuk Param Cumarasawmy.

"Oleh kerana Yang Arif telah benarkan akses borang laporan protokol proforma, ini menunjukkan Yang Arif tidak berat sebelah,” kata beliau.

"Tiada siapa boleh mengatakan hakim bersikap berat sebelah. Untuk melucutkan hakim mesti ada alasan kukuh. Tuduhan mengugut tidak munasabah,” kata Hanafiah sambil mendakwa hujahan pihak pembelaan tidak konsisten dan hanya berminat untuk menangguhkan perbicaraan.

Walaupun Param ingin menjawab hujah Hanafiah namun hakim meminta beliau menfailkan ke mahkamah pada hari Selasa minggu hadapan.

Tiada ulasan: