Jumaat, 19 November 2010

Kenapa ahli Umno berkerumun pada Perkasa

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din optimis parti itu mempunyai peluang yang lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Menurutnya, pendekatan yang diambil oleh PAS melalui tahaluf siyasi bersama dengan parti-parti pembangkang telah membuahkan hasil di dalam PRU 12 lalu.

Beliau menambah, Allah telah memberi jalan kepada PAS untuk mencapai kejayaan melalui persefahaman politik itu.

Katanya, rakyat kini telah memberikan sokongan yang terbuka kepada PAS dalam suasana Umno sedang meniti hari-hari tua.

Bahkan, ujarnya ahli-ahli Umno kini sudah hilang keyakinan kepada parti perkauman itu untuk membela orang Melayu.

Buktinya, tambah beliau orang-orang Umno sekarang berkerumum pada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk membela orang Melayu.

“Kenapa ahli-ahli Umno tak guna wadah Umno untuk bela Melayu, tapi guna NGO Melayu,” soalnya ketika ditemui pada majlis penyerahan penghargaan Majlis Syura Ulama PAS kepada Almarhum Ustaz Hassan Shukri di Taman Melewar, hari ini.

Beliau yang mewakili Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota majlis itu menyampaikan penghargaan berupa sijil dan plak itu kepada isteri Almarhum Ustaz Hassan, Ustazah Hamidah Abdul Mutalib.

Tambahnya, melalui tindakan itu menampakkan pemimpin tertinggi Umno terlibat secara khusus dengan Perkasa.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah pemimpin dan ahli Umno kini menggunakan platform lain untuk berteduh.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS tak perlu terlalu yakin boleh menang besar dalam PRU kerana BN kini semakin kukuh.

azman berkata...

PAS janganlah terlalu yakin. dapat dilihat sekarang ini sokongan terhadap BN semakin meningkat.

azman berkata...

apa pun semuanya terpulang kepada rakyat untuk menentukan parti mana yang mereka suka dalam PRU nanti.

songkilou berkata...

Kerana perkasa adalah tempat untuk orang2 melayu berkumpul dan bergabung. Parti mana yang tidak bermasalah memang ajaib. Kita lihat bagaimana parti2 politik ini mengambil hati rakyat.

Logop berkata...

Terpulang kepada rakyat. Oleh itu, lebih baik PAS jangan begitu yakin dulu!

Logop berkata...

Diharapkan semua parti berusaha mencari penyelesaian kepada masalah rakyat sabah.

nickko berkata...

"Katanya, rakyat kini telah memberikan sokongan yang terbuka kepada PAS dalam suasana Umno sedang meniti hari-hari tua."

kalau benar, kenapa PAS kalah di Galas? kenapa pemimpin PAS tidak mampu menjawab soalan2 orang asli semasa kempen PRK Galas?? maknanya PAS lah yang meniti hari2 tua.

nickko berkata...

PAS memang terkenal dengan putar belit, penipuan dan fitnah. baru2 ini terdapat blog yang mendedahkan kononnya terdapat ahli PAS yang buat kenyataan depan orang ramai bahawa umno membawa pengundi hantu, semasa di belakang pentas bila ada pihak yang bertanya tentang dakwaan itu, sambil ketawa beliau berkata semuanya hanya gimik..

Unknown berkata...

galas adalah satu ujian kepada PAS dengan kekalah yang besar kepada BN.

Paquin berkata...

Amboi ni PAS.. Konfiden nampak:P hehehe

Paquin berkata...

Apapun, terpulanglah pada rakyat utk membuat penilaian.

Anak Sabah berkata...

Kita tengoklah bagaimana nanti. PRU-13 dijangka tidak lama lagi.