Isnin, 8 November 2010

Keadilan yang hilang dari KEADILAN

Oleh secjdm3p044

"Tujuan Pemilihan PKR adalah untuk memberikan setiap ahli memilih sesiapa saja individu yang dirasakan layak sebagai Pemimpin untuk memimpin atau dalam erti kata lain satu ahli satu undid an PKR juga telah melakarkan sejarah sebagai sebuah perti politik yang pertama memperkenalkan system ini di Malaysia.

Ahli-ahli PKR sepatutnya berbangga tetapi kita boleh berbangga sebagai ahli sebuah Parti yang pertama memperkenalkan system ini.. mahukah kita berbangga jika system pengundian ini dirosakkan oleh sekerat dua pemimpin yang gila untuk berkuasa?

Hingga mereka sanggup menjilat kembali apa yang mereka telah muntahkan selama ini, mereka telah berkata kerana jawatan dan kuasa pemimpin UMNO mengamalkan Politik wang, pancas mencantas, fitnah, kutuk, caci mencaci, gaduh hinggalah kepada membeli undi dan mereka dikatakan mengamalkannya kini….

Hakikatnya.. dalam menghadapi Pemilihan PKR 2010 ini boleh dikatakan ramai ahli-ahli PKR yang mula memperlihatkan keraguan yang mungkin berakhir dengan kekecewaan.

Aku amat setuju dengan kata-kata Cucu Mat Kilau ini..

Semuanya gara-gara beberapa kerat pemimpin yang sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa. Masing-masing mahu menjadi pemimpin parti untuk membuka laluan mudah dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.

Masing-masing kini bercita-cita serta berhasrat untuk menjadi ADUN dan Ahli Parlimen selepas melihat peluang PKR menawan Putrajaya pada PRU-13 ini semakin cerah. Malah, tidak kurang juga yang menanam hasrat untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Pengarah Syarikat, Exco, Ahli Majlis dan sebagainya.

Bagi mereka, harapan untuk itu semakin terpancar luas bila mana melihat gelombang kebangkitan suara rakyat kini berada ditahap yang memungkinkan agenda perubahan itu berlaku.

Dek kerana cita-cita itulah, mereka yang terbabit sanggup melanggar "pantang" selama ini. Amalan yang mereka benci ketika dalam UMNO BN dulu kini menjadi mainan dek kerana jawatan dan kuasa. Politik wang, pancas memancas, fitnah, kutuk, caci mencaci, bomoh, gaduh hinggalah kepada membeli undi sudah tergamak mereka lakukan sekarang.

Mungkin, merasakan tidak ada cara lain lagi untuk menang menyebabkan mereka sanggup kembalikan semula amalan jahiliah itu semata-mata mahukan kuasa. Inilah yang berlaku dalam parti mutakhir ini sebenarnya.sepenuhnya sila baca di SINI

Aku juga amat setuju dengan tulisan Kerajaan Rakyat didalam entrynya yang bertajuk “Malaysia akan punah jika PKR ke Putrajaya” antara tulisannya aku letakkan dibawah..

Kalau dalam pemilihan parti seperti ini kepimpinan parti PKR gagal berlaku jujur dan ikhlas, bagaimana mungkin mereka akan ikhlas dalam pentadbiran jika mereka berjaya menawan Putrajaya! sepenuhnya sila baca di SINI

Kenapa aku amat setuju dengan mereka? Ini jawapannya..

Diterjemahkan oleh Mat Saman Kati dari artikel asal oleh Harris Ibrahim yang bertajuk Kak Wan, what do you want me to do with these ballot papers?

Dalam posting aku semalam, “PKR, and its ballot papers, up for sale’, aku ada kata aku akan menemui seseorang malam tadi yang menghubungi aku dan mengatakan dia mempunyai kertas-kertas undi PKR yang digunakan dalam Pemilihan yang berlangsung sekarang. dan dia akan menyerahkan kat aku sebagai bukti dakwaannya.

18 ulasan:

samm berkata...

pelbagai isu yang berlaku dalam pemilihan PKR menunjukkan PKR sekarang ini mempunyai pelbagai masalah.

samm berkata...

konflik yang berlaku dalam PKR mungkin disebabkan oleh sikap ahli-ahli PKR sendiri. ahli-ahli yang tidak sehaluan atau sefahaman akan menjadikan PKR semakin lemah.

Unknown berkata...

Memang cara ini baik, tapi yang tidak baiknya dalam pemilihan ini ialah sikap pemimpin yang gila kuasa dan tidak mahu kalah. Jadi berlaku bermacam-macam masalah yang timbul dengan semua ini.

Tanpa Nama berkata...

masalah dalam PKR kini semakin serius, oa kerana ketidaktelusan dalam parti, jika ini berterusan, PKR akan tenggelam.

Unknown berkata...

Tidak lama lagi hilanglah keadilan ini.

Antanum berkata...

Memang kebanyakkan apa yang berlaku dalam PKR adalah disebabkan oleh orang dalam PKR itu sendiri.

Paquin berkata...

Hairan betul PKR ni, ada2 saja hal yang timbul. huhuhu

Paquin berkata...

Apapun, kita lihat ja lah apa yang bakal berlaku seterusnya nanti. hehehe

jsiput berkata...

Adui..banyaknya isu dalaman PKR. Macam mana orang mahu undi PKR kalau masalah sendiri pun tidak pandai selesai.

jsiput berkata...

Diharapkan masalah dalaman PKR akan diselesaikan secepat mungkin kerana PRU13 mungkin akan datang tidak lama lagi.

Anak Sabah berkata...

Saya rasa kecewa kerana PKR semakin serupa dengan BN.

Gopuk berkata...

Haaa ini lah kelemahan setiap parti politik, masing2 ada kepentingan mereka sendiri..

nickko berkata...

belum pun berjaya menawan puterajaya atau membentuk kerajaan baru, PKR sudah pun memperlihatkan siapa mereka sebenarnya. jika beginilah amalan ahli2 parti, lebih baik PKR lupakan hasrat mereka untuk membentuk kerajaan.

nickko berkata...

memang tidak hairan masalah2 ini boleh berlaku dalam PKR kerana majoriti ahli2 dalam PKR terdiri dari bekas ahli2 umno yang tidak berpuashati kerana tidak diberikan ganjaran sepanjang bersama umno.

nickko berkata...

masalah2 yang berlaku dalam PKR bakal mengundang keretakan dalam parti sekalugus memusnahkan terus impian PKR/PR untuk menerajui Puterajaya. penolakan rakyat terhadap PR di Batu Sapi dan Galas adalah petanda awal bahawa perjuangan PR akan gagal di PRU nanti.

captain berkata...

Bermula dengan penuh kebanggaan tetapi diakhiri peristiwa-peristiwa yang memalukan.

Unknown berkata...

Parti Keadilan yang tidak nampak semangat keadilan dalam parti dan juga ahli-ahlinya.

Unknown berkata...

Insiden demi insiden yang menimpa PKR jelas menunjukan naluri spekulasi terbenam dalam darah segelintir pemimpin PKR.