Rabu, 3 November 2010

KEADILAN Lepasi Sapp, Ekori Rapat BN

Oleh Dzulkarnain Taib
AnsarianduhSANDAKAN - Menjelang hari pengundian esok, sokongan rakyat Batu Sapi terhadap Pakatan Rakyat kian meningkat dan sehingga hari ini telah melepasi Parti Maju Sabah dan kini mengekori rapat Barisan Nasional.

Calon Paerti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil P185 Batu Sapi, Ansari Abdullah berkata setakat ini beliau telah melawat kesemua kawasan pengundian dan juga beberapa kawasan lain dan mendapati sambutan rakyat untuk membuat perubahan amat menggalakkan.

"Saya telahpun melawat kesemua 12 kawasan pengundian dan walaupun saya tidak pasti kesemua yang menghadiri merupakan warga tempatan tetapi sambutan setiap program memang menggalakkkan," kata beliau pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN semalam.

Sehubungan itu Pengarah Jabatan Pilihan Raya KEADILAN Pusat, Fuziah Salleh menambah, BN akan mula menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan KEADILAN memandangkan parti itu semakin hampir mengejar BN.

Beliau memberitahu daripada wartawan Berita Harian yang ingin mengesahkan desas-desus KEADILAN mahu menarik diri dari bertanding adalah satu propaganda jahat BN.

"Ini satu lagi taktik kotor BN memandangkan Pengerusi Umno-BN, Datuk Seri Najib Razak sakit dan tidak dapat menabur janji-janji seperti di pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu lalu.

"Parti Keadilan Rakyat merupakan suara rakyat dan kita tidak akan tinggalkan rakyat. Kita akan berjuang hingga akhir dan dalam 48 jam terahkir ini kita akan berbuat segala yang mampu," tegas beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Dalam pada itu, Ansari menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterima semasa membuat pemeriksaan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan Jumaat lalu kerana didapati pegawai yang memeriksanya tidak menjalankan pemeriksaan seperti sepatutnya.

"Malam semalam saya tidak dapat tidur kerana tidak dapat tahan sakit, maka saya telah pergi ke pusat perubatan swasta untuk mengambil CT Scan tetapi telah ditutup dan saya terpaksa pergi semula ke Hospital DoK.

"Tetapi, apabila sampai di sana, saya diberitahu mesin CT Scan tidak berfungsi dan saya mengambil semula X-ray. Perbandingan x-ray pertama Jumaat dahulu dan semalam menunjukkan kecederaan yang sama iaitu keretakan pada dua tulang dada," jelas beliau.

Katanya lagi, semasa x-ray pertama diambil, pegawai perubatan yang telah memeriksanya memberitahu beliau bahawa kecederaan itu tidak serius dan memberinya ubat penahan sakit.

"Kalau seorang 'public figure' seperti saya pun mendapat rawatan ala-kadar seperti ini, bayangkan nasib warga tempatan yang datang dari pulau-pulau berdekatan untuk rawatan ke sana (Hospital DoK)," kata beliau.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semua calon pun menyatakan mereka mendapat sokongan daripada rakyat. memang sukar untuk diramal. tapi ramai yang berpendapat BN akan menang. apa pun, semua itu terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Mahsiran berkata...

"Fuziah Salleh menambah, BN akan mula menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan KEADILAN memandangkan parti itu semakin hampir mengejar BN."
Tidak perlulah memfitnah orang lain. Sekiranya PKR tidak dapat menandingi BN sekali pun bersabarlah dan tidak perlulah untuk menabur fitnah sana-sini.

Bujang Senang berkata...

PKR lepasi SAPP dan dekati BN??mungkin itu cuma perasaan PKR sahaja dengan semua ini. Mungkin memang betul PKR telah diberikan sokongan dalam semua janji-janji yang ditabur. Tapi PKR juga mesti ingat bahawa Rakyat ini mempunyai pilihan sendiri, mereka sokong semua PKR cakap tapi undi untuk parti lain.

Anak Sabah berkata...

Belum pasti lagi, kita tengoklah bagaimana nanti. Keputusan akan diumumkan setelah selesainya PRK nanti.

mantra berkata...

setiap calon mempunyai keyakinan mereka sendiri. mereka mesti menyatakan rakayt menyokong mereka. bagaimanapun, semua ini akan diketahui setelah pilihanraya dijalankan.

Anak Sabah berkata...

Kenalah tengok kemahuan rakyat. Kerana semuanya terletak dalam tangan rakyat.

maya berkata...

Beginilah semangat pemimpin perlu ada keyakinan, bagaimanapun rakyat yang akan menentukan kemenangan parti yang bertanding.

maya berkata...

Tidak perlulah membuat fitnah ataupun andaian yang kononnya BN akan menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan PKR. Sebenernya potensi BN sangat tinggi untuk menang ini kerana sokongan rakyat kepada BN sangat menggalakkan

maya berkata...

Rakyat akan membuat pilihan bijak terhadap parti yang mereka yakini dan mampu membuat perubahan.

Tanpa Nama berkata...

kini pliharaya sedang dijalankan, kita tunggu ja keputusannya.

samm berkata...

setiap calon ada peluang, namun ramai meramalkan mungkin calon BN yang akan menang. tunggulah keputusannya. rakyat akan memilih siapa yang terbaik..

Unknown berkata...

"Fuziah Salleh menambah, BN akan mula menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan KEADILAN memandangkan parti itu semakin hampir mengejar BN."

pehh,, sebenarnya Fuziah lah yang menggunakan taktik jauh lebih kotor kerana menuduh parti lain menggunakan taktik kotor tanpa ada bukti..

Unknown berkata...

""Kalau seorang 'public figure' seperti saya pun mendapat rawatan ala-kadar seperti ini,.."

bukankah ayat ini menunjukkan beliau sombong dan hanya mahu perkhidmatan yang dikategorikan sebagai 'first class'..

Unknown berkata...

beginilah pembangkang.. mana2 mereka pergi pasti ada bahan politik.. jatuh laut masuk politik, masuk hospital pun masuk politik.. jelas menunjukkan mereka terdesak untuk mendapatkan sokongan setelah sedar realiti sebenar tidak memihak kepada mereka.

Unknown berkata...

kajian2 yang dibuat oleh badan bebas menunjukkan BN berpotensi untuk mengekalkan kerusi Batu Sapi. disebabkan kajian2 badan bebas tidak memihak kepada PKR, maka PKR terpaksa bertindak membuat kajian sendiri dan mendakwa kononnya sokongan rakyat kian meningkat.. sekadar mahu mempopularkan parti sendiri..

Antanum berkata...

Siapa yang dapat menambat hati rakyat, itu la yang akan mendapat lebih banyak undi dari rakyat.

Paquin berkata...

Ya Antanum... Ini bermakna BN berjaya menambat hati rakyat kan :)

Paquin berkata...

Saya harap dengan kemenangan BN di BS dan Galas, keadaan politik akan lebih tenang. Hentikanlah sikap meninggi diri atau menunding jari pada pihak lain...

Paquin berkata...

Sekarang BN da menang, jadi terimalah keputusan ni. Lagipun rakyat yang pilih utk BN menang kan :)

Paquin berkata...

Semoga semua pihak puas hati dengan keputusan pilihan raya.

Paquin berkata...

Kepada BN, pastikan t/jawab terhadap rakyat diutamakan k:)
Taniah dan pastikan rakyat puas hati dengan pilihan mereka :)

Unknown berkata...

Inilah yang saya tidak suka dengan pemikiran seorang so-called leader ni. Ingat dengan status "public figure", kamu akan mendapat layanan VIP?

Gopuk berkata...

Tetap BN juga yang menang! Linda jangan persia-siakan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat kepada anda.