Selasa, 23 November 2010

Karpal Dakwa Keterangan Dr Siew Diprogram Pihak Tertentu

Oleh Suara Keadilan

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes Fitnah II terhadap Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung tengahari hari tadi dengan mendengar hujahan ketua pasukan pembelaan Karpal Singh mendakwa keterangan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Siew Sheue Feng telah diprogram oleh pihak tertentu.

Ini berlaku apabila Karpal meminta Dr Siew mengemukakan laporan perubatan terakhir bertarikh 13 Julai 2008 sebagai bukti setelah pakar forensik tersebut berkata tidak terdapat sebarang kecederaan pada dubur saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Laporan tersebut dipercayai mengatakan bahawa tidak ada bukti klinikal yang konklusif untuk membuktikan tusukan pada dubur Mohd Saiful.

"Anda telah diprogram (untuk berkata sedemikian) sebab itu anda melangkaui kenyataan sendiri," dakwa Karpal.

Dr Siew berkata beliau mencatatkan latarbelakang Mohd Saiful secara terperinci tetapi apabila diminta mengemukakan laporan perubatan itu, beliau memberi alasan mampu menerangkan latarbelakang saksi daripada ingatannya.

Doktor tersebut berulang kali mengatakan bahawa saksi utama telah membut aduan beliau diliwat oleh seorang individu berprofil tinggi.

Terdahulu semasa ketika menjawab pertanyaan Karpal berhubung keterangan Mohd Saiful yang mengatakan beliau tidak membuang air besar selama dua hari, pakar bedah umum HKL, Dr Mohd Razali Ibrahim mempertahankan keterangannya yang awal bahawa dubur saksi utama itu kosong ketika diperiksa.

"Tidak semestinya ada najis di dalam ruang dubur...saya setuju pada masa saya memeriksanya (Saiful), tidak ada najis," jawab Dr Mohd Razali.

Pakar itu berkata beliau memeriksa dubur Saiful pada pukul 10.00 malam 28 Jun 2008 iaitu 56 jam setelah beliau didakwa diliwat.

Peguambela, N Sankara Nair yang turut berada di dalam mahkamah bangun menyatakan beliau mendapati keterangan doktor tersebut amat luar biasa.

Dr Mohd Razali seterusnya menjelaskan kesan air mani masih boleh dikenalpasti walaupun selepas 72 jam berada di dalam ruang dubur.

Tambahnya ketika membuat pemeriksaan beliau tidak menjangka apa yang akan diperolehi atau akan mendapat apa-apa sampel.

Beliau juga tidak pasti samada spesimen yang diperolehi diletakkan di dalam bekas yang kedap udara kerana ini telah dilakukan oleh Dr Siew.

Prosiding ditangguh pada pukul 3.55 petang dan akan disambung semula pukul 9.00 pagi esok.

Tiada ulasan: