Selasa, 2 November 2010

Jumlah mangsa yang dipindahkan di Perlis terus meningkat

BERNAMA

KANGAR — Keadaan banjir di Perlis bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada lebih 3,000 orang berbanding kira-kira 1,600 orang malam tadi.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati beberapa bangunan awam termasuk Hospital Tuanku Fauziah dan beberapa batang jalan di Kangar kini ditenggelami air.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata kesemua mereka kini ditempatkan di 29 pusat pemindahan.

Antara pusat pemindahan banjir di negeri ini ialah di Sekolah Menengah Datuk Jaafar Hassan, Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi, Maktab Rendah Sains Mara Beseri dan Dewan Sivik Arau.

Sehingga pagi ini, pasukan penyelamat masih menjalankan gerakan mengesan penduduk yang perlu dipindahkan.

Semalam, Jabatan Pelajaran Perlis mengarahkan 11 sekolah ditutup hari ini dan arahan baru akan dikeluarkan jika terdapat keperluan menutup sekolah-sekolah terlibat esok.

Malam tadi, Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu melawat mangsa banjir di beberapa kawasan terlibat.

Tiada ulasan: