Isnin, 15 November 2010

Jalan raya jerlus semakin melebar risaukan 500 penduduk

KENINGAU KINI

PENSIANGAN: Kerisauan kira-kira 500 penduduk yang tinggal di kawasan terpencil Pensiangan, mengenai jalanraya jerlus ini pernah disiarkan diakhbar, namun kerana terlepas pandang – jerlusan yang pada awalnya sebesar satu kaki lilitan, membesar sehingga tidak boleh dilalui oleh sebarang kenderaan.

“Akibatnya penduduk terbeban, dan ia tidak sepatutnya berlaku,” jelas Jimmy Minggin.

Jalan raya itu merupakan satu-satunya nadi ratusan penduduk yang tinggal di lima perkampungan terpencil, yang didominasi oleh suku kaum Murut.

Jimmy yang merupakan pengerusi PIBG Kg. Simotuoh berkata, jalanraya yang pada asalnya dibina oleh syarikat pembalakan itu tidak pernah diselanggara, menyebabkan beberapa bahagian sering rosak atau jerlus disebabkan hakisan.

Difahamkan pentadbir Kg. Simotuoh telah beberapa kali mengajukan surat aduan mengenai kerosakan jalan itu kepada pihak berwajib, namun sehingga sekarang belum ada sebarang reaksi positif daripada jabatan berkenaan.

“Mereka terlepas pandang nasib yang sedang menimpa rakyat yang tinggal dipelusuk seperti kami,” jelasnya penduduk yang lain dan berkata, atau mungkinkah kewujudan penduduk di kawasan itu tidak tercatat dalam diari politik pemimpin.

Beberapa orang penduduk yang berjaya ditemui ketika rakaman gambar ini dilakukan meluahkan perasaan, mengenai situasi mereka yang begitu tertekan setiap kali melalui lokasi merbahaya itu.

“Jalanraya ini tambahan tekanan kepada rakyat miskin yang hidup di tengah-tengah hutan seperti kami,” luah seorang penduduk Kg. Simotuoh.

Tekanan itu turut dikongsi oleh kira-kira 12 orang guru yang bertugas di Sk. Simotuoh, selain murid-murid sekolah yang tinggal di bahagian seberang jalanraya itu.

Nasib yang sama turut dialami oleh penduduk yang menghidapi penyakit kritikal, kerana terpaksa digendong oleh saudara yang lain untuk melepasi laluan bahaya itu.

Bagi penduduk yang memiliki kenderaan, harta benda itu terpaksa ditinggalkan di seberang jalan, dan terpaksa berjalan kira-kira setengah kilometer untuk sampai di kampung masing-masing.

Kesukaran itu turut dikongsi oleh guru-guru yang menjadikan pengalaman basah kuyup ketika dibasahi hujan dalam perjalanan, merupakan catatan pahit golongan itu ketika bertugas di pelusuk pedalaman.

“Beginilah nasib kami di sini,” akui seorang guru yang enggan namanya dipetik.

37 ulasan:

madd berkata...

pekara ini perlulah diambil perhatian oleh pihak yang berwajib. ini bagi membolehkan langkah penyelesaian berhubung masalah ini dapat dicari.

mandau berkata...

hal ini perlu diselesaikan demi keselamatan penduduk.

Antanum berkata...

Kenapa pihak bertangungjawab tidak mengambil serius tentang hal ini? kenapa tidak melakukan apa yang sepatutnya? Dimanakah mereka bila diperlukan. ???

Anak Sabah berkata...

Diharapkan kerajaan dan juga pihak berkuasa akan mengambil berat dengan hal ini.

nickko berkata...

ketika kesan jerlusnya masih kecil, sepatutnya penduduk tampil mendesak pihak yang bertanggungjawab untuk membaik pulih. jika penduduk serius dan tegas terhadap kerajaan, pasti masalah ini sudah lama diselesaikan.

nickko berkata...

pihak yang bertanggungjawab juga tidak perlu membisu dengan setiap aduan yang dibuat oleh penduduk yang terjejas. jika ada perkara yang perlu diketahui oleh penduduk, tolong jelaskan kepada mereka. kalau tidak mampu sekalipun, sampaikan terus kepada penduduk bahawa kami tidak mampu.

samm berkata...

harap pekara ini dapat ditangani dengan sebaiknya.

Leo berkata...

Kerajaan harus membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah penduduk. Jangan terlepas pandang nasib yang sedang menimpa rakyat yang tinggal dipelusuk seperti mereka.

Unknown berkata...

Pihak berwajib patut membuat tindakan segera untuk menyelesaikan masalah penduduk apabila mendapat aduan daripada mereka.

Hamdan Hadillah berkata...

Harap pihak yang berkenaan harus mengambil tindakkan secepatnya untuk membantu menangani masalah jalanraya yang jerlus ini.

onong berkata...

Jangan biarkan masalah jalan raya membelenggu kehidupan penduduk.

chimchim berkata...

This kind of road is dangerous. The authorities should make something out of it.

kb girl berkata...

Mana YB? Mana JKR? Mana pegawai daerah? Mana yang berkenaan?

Unknown berkata...

Ini bukan insiden tunggal yang menimpa orang kampung yang malang.
Banyak kampung yang serba kurang dengan kemudahan asas.

Unknown berkata...

Sampai bila kita nak bertahan dan berdiam diri dengan ketidakupayaan pihak yang bertanggungjawap?

Unknown berkata...

Baiki jalan yang rosak itu dengan segera, cukup susah orang kampung sana.

Unknown berkata...

Jangan sampai jalan itu terputus baru diperbaiki. Apa akan jadi sekiranya ada penduduk kampung yang sakit tenat dan perlu dihantar ke hospital?

captain berkata...

Kereta pun tidak boleh jalan, pakai kuda sajalah.

Paquin berkata...

Ini yg tak best didengar ni.. huhuhu
Terlepas pandanga??? alamak, mcm mana oo..

Paquin berkata...

Inilah padahnya kalau suka sangat tunggu hal jadi besar.. Naa, sekarang susah sudah nak handle. huhuhu

Paquin berkata...

Ya nickko. Lebih baik terus terang daripada membiarkan para penduduk ternanti-nanti.

Paquin berkata...

Setuju steve. Jangan biarakan keadaan bertambah teruk. Selagi boleh dibaiki, baikilah segera.

Paquin berkata...

Apapun, saya harap hal ni dapat ditanggani secepat mungkin demi kebaikan bersama.

gambir berkata...

benda-benda ni bukannya salah BN. BN tu parti saja dan yang salah ialah wakil rakyat di kawasan Pensiangan yang tidak prihatin dengan penderitaan rakyat.

gambir berkata...

hairanlah isu-isu begini suka diperbesarkan oleh parti bertentangan? BN selalu dipersalahkan. apa salahnya pihak yang menulis artikel ni mengajukan kenapa wakil rakyat terbabit perlu bertindak?

gambir berkata...

sememangnya masalah jalan raya yang teruk sering menimbulkan masalah dan kerumitan kepada kehidupan sehari-harian ramai penduduk. cuma ia sepatutnya diselesaikan dengan secara berhemah dan bukannya menuding jari sana sini. jentera-jentera BN harus proaktif dan sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat

mike berkata...

mungkin perkara ini tidak serius kepada pihak berkenaan namun amat membimbangkan dan seius kepada mereka yang mengalaminya.

mike berkata...

jabatan berkenaan seharusnya melakukan apa yang sepatutnya..jangan tunggu hingga kemalangan terjadi baru nak bertindak..di manakah 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'?

mike berkata...

difahamkan bahawa sudah beberapa kali aduan telah dilakukan oleh penduduk namun sehingga kini tiada tindakan yang sepatutnya diambil hingga membebankan pengguna dan penduduk..apakah penjelasan pihak berkenaan? apakah kakitangan jabatan berkenaan hanya makan gaji buta?

langsat berkata...

perkara ni harus diberi perhatian serius oleh pihak-pihak berwajib. kenapa benda ni dilengah-lengahkan?

langsat berkata...

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..

mike berkata...

pihak berkuasa tempatan seharusnya memberikan perhatian kepada isu2 yang dianggap kecil seperti ini kerana isu2 "kecil" inilah yang banyak belum diselesaikan hingga menjadi kudis..bukan hanya fokus kepada isu2 besar/projek2 sahaja..penyelengaraan prasarana juga harus diambil berat.

mike berkata...

diharapkan perkara2 seperti ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak berkenaan..

Velove berkata...

Masalah ini dapat mengundang pelbagai musibah jika tidak ditangani dengan baik.

onong berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
dollie berkata...

Where are the authorities?

Nemia berkata...

Road issues in Sabah should be addressed well.