Rabu, 17 November 2010

Empat beranak, termasuk kembar maut nahas di Slim River

BERNAMA

IPOH: Empat orang daripada satu keluarga terbunuh manakala dua lagiparah apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan dua lori dan sebuah teksi di Kilometer 377.6 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Slim River, awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Deputi Superintendan, Anuar Osman, berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian pada jam 2 pagi ialah pemandu kereta Shaiful Fadzilah Shahar, 36, isterinya Siti Suzana Mohd Nor, 33, dan dua anak kembar lelaki mereka, Fitri dan Fikri berusia enam tahun.

Shaiful Fadzilah, Siti Suzana dan Fitri yang cedera di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Fikri yang juga cedera di kepala, meninggal dunia di Hospital Slim River, katanya ketika dihubungi hari ini.

Anuar berkata dua lagi anak pasangan itu, Fatihah, 4, yang cedera parah, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun manakala seorang lagi anak lelaki, Firdaus, 8, cedera ringan dan dirawat di Hospital Slim River.

Keluarga berasal dari Labu, Seremban dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang untuk berhari raya di Lenggong, katanya.

Tiada ulasan: