Ahad, 7 November 2010

Dr Asri Sepatutnya Saran Umno-BN bersikap Jantan Berhubung Kes Fitnah 2 Terhadap Anwar

Oleh Suara Keadilan

samsuliskandarSHAH ALAM - Kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada politik merupakan kenyataan yang pelik dan tidak berpijak pada realiti politik semasa tanah air.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mempersoalkan kenyataan tersebut berkata apakah beliau terlupa bahawa tercetusnya gelombang perubahan di kalangan rakyat adalah melalui Anwar.

"Kenyataan kononnya rentak tari politik semakin tidak seimbang menunjukkan Dr Asri tidak sedar bahawa berlakunya impak kepada Umno-Barisan Nasional semasa dalam Pilihanraya Umum Ke-12 adalah kerana gelombang rakyat melalui muafakat Pakatan Rakyat (PR) di bawah kepimpinan Anwar.

"Kita tegaskan bahawa kepimpinan Anwar masih relevan sehingga kini berikutan pengalaman serta kredibiliti kepimpinannya yang jelas berjaya memperkukuh PR di sebalik pelbagai usaha Umno-BN cuba merincih kefahaman dan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat," kata beliau.

Tambahnya, cadangan Dr Asri itu seolah-olah satu bentuk perlindungan kepada Umno-BN yang jelas kelihatan tandus idea untuk mengekang kemaraan rakyat melalui kepimpinan Anwar dan kesepakatan kepimpinan KEADILAN-PAS-DAP di bawah panji Pakatan Rakyat.

"Sekiranya benar beliau menjunjung politik idea dan politik nilai, maka sewajarnya Dr Asri menyarankan agar Umno-BN bersikap jantan dan gentleman untuk menjunjung semangat federalisme dan tidak mengawal instrumen kerajaan termasuklah sistem kehakiman yang saban hari semakin menjelekkan, khususnya di dalam mengendalikan kes Fitnah 2 terhadap Anwar.

"AMK turut menyarankan Dr Asri menasihati idola beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad agar insaf dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tertindas selama hampir 23 tahun di bahawa hegemoni Mahathirisme yang jelas membunuh semangat demokrasi dan berterusan memanipulasi instrumen kerajaan demi memperkukuh cengkaman Umno-BN kepada rakyat," tambahnya dalam satu kenyataan media pada Selasa lepas.

Justeru, jika saranan tersebut gagal dilakukan, ini membuktikan kenyataan Dr Asri sebelum ini adalah satu kenyataan politik yang hendak dijadikan remedi oleh Umno-BN.

Tiada ulasan: