Isnin, 8 November 2010

Dibelasah: Ng Suee Lim Bawa Kes Ke Sidang DUN

SELANGOR KINI

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim akan bawa kes di mana beliau dipukul ke Sidang Dewan Neger Selangor (DNS) pada Isnin ini bagi memastikan kejadian sedemikian tidak berulang

Pada Khamis lepas, Ng Suee Lim dicederakan oleh sekumpulan yang dipercayai daripada Pemuda UMNO ketika beliau akan mengadakan sesi dialog bersama pesawah berkenaan isu harga padi yang rendah.

Ketika dihubungi TV Selangor, Ng Suee Lim masih berada di Pusat Perubatan Sime Darby dan maklumkan beliau hanya dibenarkan keluar pada tengah hari esok sambil doktor menasihatkannya agar berehat.

Ng Sue Lim ketika mendapatkan rawatan di hospital -Gambar : Malaysiakini-

“Sudah pasti saya akan bangkitkan perkara ini dalam Sidangan Dewan Negeri pada Isnin, untuk dibuat perbahasan oleh ahli-ahli dewan.

“Bagaimana seorang wakil rakyat, khususnya daripada Pakatan Rakyat (Pakatan) yang menjalankan tugas sebagai Adun, dipukul dan diserang samseng setiausaha politik kementerian pertanian Noh Omar, iaitu Haji Safie Asnawi,” ujar Ng Suee Lim.

Tambah Ng Suee Lim lagi, setakat ini beliau belum dimaklumkan perkembangan siasatan tersebut.

“Polis sudah menyiasat 6 orang tang terlibat tetapi tiada penahanan di buat setakat ini, dan polis belum menelefon saya untuk perkembangan lanjut,” katanya.

“Pada laporan saya Khamis lalu selepas kejadian, saya bersama empat orang di mana tiga yang dipukul dan seorang yang ditendang keretanya, telah membuat laporan secara berkumpulan.

“Dokumen-dokumen dari segi gambar video klip telah diserahkan kepada pihak polis, dan ada yang telah dikenal pasti, cuma menunggu polis ambil tindakan” jelasnya lagi.

Tiada ulasan: