Sabtu, 13 November 2010

DAP: Tiada pertukaran kerusi Balakong-Kajang

MALAYSIA KINI


DAP Selangor hari ini menafikan khabar angin di dunia siber yang mendakwa parti itu akan menukar kerusi dewan undangan negeri Kajang dengan kerusi Balakong yang dipegang oleh PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San berkata perbualan hangat berhubung perkara itu di Facebook adalah tidak benar.

Katanya, pada semua pilihan raya kecil sejak 2008, PAS, DAP dan PKR telah bertanding di kerusi yang sama seperti pada ketika pilihan raya umum.

Justeru, tidak mungkin perubahaan akan dilakukan pada pilihan raya umum akan datang dan khabar angin berkenaan adalah tanpa asas.

"Sya dengan keras nafikan dakwaan tidak bertanggungjawab ini. Cakap-cakap seumpama ini bertujuan mematahkan ikatan dan pemuafakatan Pakatan,” kata Lau selepas persidangan DUN Selangor hari ini.

Menurutnya, setakat ini, belum ada perbincangan sesama Pakatan Rakyat berhubung pertukaran kerusi.

Kerusi Balakong kini diduduki oleh Yap Lum Chin dari DAP manakala Kajang pula diwakili oleh Lee Kim Sin, dari PKR.

Kajang dianggap kawasan yang mempunyai campuran masyarakat pelbagai bangsa dengan Melayu membentuk 46 peratus pengundi manakala Cina pula 44 peratus. Ia dikatakan tidak menarik bagi DAP yang kebanyakan penyokongnya adalah masyarakat Cina.

Tiada ulasan: