Sabtu, 6 November 2010

DAP fail saman terhadap BH dan KM Melaka


lim_kit_siangOleh Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Berita Harian dan Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam berhubung kenyataan "Umno kafir" walaupun akhbar harian itu membuat pembetulan semalam.

Penasihat parti, Lim Kit Siang yang tidak berpuas hati dengan pengakuan akhbar itu memberitahu para pemberita di sini bahawa "pembetulan" tidak bermakna "permohonan maaf" tetapi hanya memburukkan lagi keadaan.

Ahli Parlimen Ipoh Timor itu berkata, partinya akan memfailkan saman malu terhadap kedua-dua pihak itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari Isnin ini.

Akhbar berkaitan Umno itu memetik Mohd Ali berkata Lim menyebut Umno "kafir" Selalu lalu, hingga menimbulkan kemarahan di kalangan ahli parti pembangkang.

Bagaimanapun, akhbar itu memuatkan satu perenggan pembetulan pada muka surat 8 semalam dan menegaskan bahawa laporan itu, yang memetik kata-kata Ketua Umno Melaka itu, bahawa "DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam" bukan merujuk kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang."

"Kesilapan dikesali." Itu sahaja yang disebut dan tidak ada penyataan memohon maaf atau penyataan ditarik balik dibuat.

Lim merasa hairan dan tidak masuk akal apabila "pembetulan" itu boleh digunakan sebagai pembelaan, alasan atau untuk menjustifikasikan laporan yang salah, menghina, tidak bertanggungjawab, bersifat hasutan dan menjatuhkan maruah.

Menurut Lim, Pengerusi DAP dan juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor akan bertindak sebagai peguambela.

Apabila disoal sama ada beliau mendapatkan penjelasan daripada Mohd Ali berhubung hal ini, Lim menjawab, "tidak perlu. Selain itu, beliau (Mohd Ali) mendiamkan diri sejak 48 jam yang lalu."

Tiada ulasan: