Khamis, 11 November 2010

Calon: Presiden teliti memo, tak wajar SU Agung umum pendirian

THE MALAYSIAN INSIDER


Mustaffa Kamil

KUALA LUMPUR — Calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, setiausaha agung tidak wajar mengumumkan status bahawa pemilihan akan diteruskan memandangkan pucuk kepimpinan parti masih meneliti memorandum mengenai dakwaan kecacatan proses pengundian yang dikemukakan semalam.

Mustaffa berkata, memorandum itu yang memberikan tempoh 48 jam untuk penyelesaian — diserahkan kepada Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah, petang semalam.

“Tidak wajar beliau (Saifuddin) membuat pengumuman bahawa pemilihan akan diteruskan kerana Presiden parti dan JPP masih meneliti memorandum yang kami serahkan,” kata Mustaffa ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Semalam, Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR akan meneruskan pemilihan langsung yang diadakan sekarang meskipun menerima kata dua dan dipertikaikan oleh dua calon timbalan presiden ekoran dakwaan wujudnya manipulasi dan kecacatan dalam proses pengundian.

Saifuddin juga menolak dakwaan Datuk Zaid Ibrahim bahawa proses pengundian pemilihan pusat telah dimanipulasi.

Proses pengundian yang bermula dua minggu lalu akan berakhir 21 November ini.

Saifuddin juga menegaskan, daripada 87 bahagian yang telah selesai mengadakan proses pengundian, Datuk Zaid Ibrahim menang di 38 cabang manakala Azmin Ali pula di 37 cabang. Mustaffa menang di sebanyak 11 cabang.

“Jika ada (unsur) manipulasi, beliau (Zaid) tidak akan menang di satu cabang pun,” kata Saifuddin.

Mustaffa berkata, Dr Wan Azizah berjanji untuk membincangkan dakwaan disenaraikan dalam memorandum yang dikemukakan semalam bersama beberapa pemimpin dan JPP.

“Beliau berjanji akan membincangkan perkara itu hari ini bersama beberapa pemimpin, kemungkinan dalam Biro Politik juga,” kata Mustaffa sambil menambah, beliau meminta pucuk kepimpinan dan JPP memberikan penelitian segera memandangkan proses pengundian akan diteruskan hujung minggu ini.

Lazimnya PKR akan mengadakan mesyuarat Biro Politik setiap Rabu.

“Kami meminta perkara ini disegerakan memandangkan pemilihan akan diteruskan mulai 12, 13 November ini,” katanya.

Semalam, Mustaffa menggesa agar pemilihan pusat bersejarah parti itu - menggunakan kaedah langsung — dibatalkan serta-merta dan diadakan semula pengundian dengan menyelesaikan segala aduan yang telah dikemukakan sebelum ini.

Mustaffa memberi tempoh 48 jam kepada JPP agar mengambil kedua-dua tindakan itu pada sidang media diadakan oleh Zaid yang kelmarin memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat.

Tempoh kata dua beliau akan berakhir petang esok.

“Hasil tindakan ke atas memorandum ini, awal Jumaat ini, saya akan mengumumkan pendirian saya sama ada saya akan terus bersaing ataupun sebaliknya,” kata beliau.

15 ulasan:

joey berkata...

inilah akibatnya jika ada pihak yang terlalu mengejar kuasa. ianya menampakkan kelemahan mereka sendiri.

tombolo berkata...

tak perlulah nak kelam kabut. biarlah memo tersebut diteliti terlebih dahulu.

Tanpa Nama berkata...

I hope they will make the right decisions.

Tanpa Nama berkata...

PKR must solve their own internal issues and crisis before they can face the challenges in the next GE.

Bujang Senang berkata...

macam-macam isu PKR sekarang ini.pelbagai masalah telah timbul. Memang kita boleh nampak sendiri kelemahana yang terdapat dengan PKR. Pemimpin yang tidak adil, gila kuasa, berat sebelah dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

sebelum ini Zaid mendakwa kononnya jumlah undi kemenangan Azmin jauh bezanya dengan jumlah yang datang mengundi. jika dakwaan ini benar, bermakna benarlah PKR mengamalkan politik kotor..

Tanpa Nama berkata...

selain itu tindakan Zaid ini juga membuktikan wujud pemimpin2 yang gila kuasa dalam PKR dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri.. nampaknya keadaan PKR semakin kritikal.

Tanpa Nama berkata...

tindakan Zaid ini boleh kita sifatkan duri dalam daging kepada PKR kerana pendedahan terbuka seperti ini boleh menjejaskan prestasi dan reputasi PKR sebagai pembangkang no 1 Malaysia. tidak adakah cara lain untuk menyelesaikan konflik ini seperti meja rundingan atau sebarang kaedah yang lebih tertutup?

zam berkata...

bagaimana rakyat ingin mempercayai PKR jika masalah dalaman sendiri pun mereka tidak mampu uruskan? masalah dalam PKR sudah menjadi semakin rumit.

elia berkata...

Semakin lama semakin menjadi PKR ini. Mereka suda leka dengan hal2 dalaman dan sekali lagi telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

mike berkata...

senario dalaman PKR menunjukkan ketidakstabilan dalam parti..

mike berkata...

pendedahan yang dibuat oleh datuk zaid telah membuka mata akar umbi akan kewibawaan anwar selaku ketua umum PKR..dan, mengapa perlu ada ketua umum sedangkan PKR itu sendiri mempunyai presiden? adakah presiden PKR itu sendiri tidak berkebolehan dan mampu memimpin?

mike berkata...

apa pun, PKR selesaikan isu dalaman tersebut.

Paquin berkata...

Adui, PKR ni.. ada ja yang tak kena oo.

Paquin berkata...

Apapun, saya harap PKR selesaikan masalah dalaman mereka secepat mungkin k.