Selasa, 2 November 2010

Cabul: Lima pelajar ditangkap

KENINGAU: Lima pelajar lelaki di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di sini ditangkap polis kerana disyaki mencabul seorang pelajar perempuan di sekolah yang sama pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Zahari Mohamed berkata, pelajar perempuan yang berumur 13 tahun itu mengadu kira-kira jam 4 petang di kawasan sekolah itu sekumpulan pelajar lelaki tingkatan tiga menarik tangan perempuan itu.

Dalam kejadian itu katanya, pelajar-pelajar lekaki berkenaan telah meramas buah dada dan memegang badan pengadu dan salah seorang daripada suspek merakam aksi tersebut menggunakan telefon bimbit.

Sehubungan dengan kejadian itu suspek yang terbabit ditahan polis untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: