Rabu, 3 November 2010

BN Tabur Rasuah Secara Berleluasa Di Batu Sapi Menjelang Hari Mengundi

Oleh Dzulkarnain Taib

DSC_0726SANDAKAN - Kurang 24 jam dari hari pengundian pilihan raya kecil batu Sapi yang bermula pukul 8.00 pagi esok, Umno-Barisan Nasional bertungkus lumus dengan memberi rasuah dalam pelbagai bentuk untuk meredakan gelombang rakyat yang dijangka menggunakan hak mereka yang di jamin di bawah Perlembagaan untuk menolak parti itu di peti undi.

Suara Keadilan serta petugas Pakatan Rakyat telah memperolehi bukti dalam bentuk gambar dan video perbuatan Umno-BN yang menabur segala macam insentif dan gula-gula politik membeli undi di Batu Sapi.

Tinjauan di kawasan perumahan rakyat MPS di Karamunting semalam mendedahkan bagaimana bilik gerakan BN di kawasan tersebut secara terang-terangan mengagihkan lebih 30,000 keping zink yang berharga kira-kira RM18 sekeping kepada penduduk di situ.

Ketika ditanya salah seorang penerima 'bantuan' BN memberitahu setiap penerima mesti menunjukkan bukti slip daftar mengundi yang dikeluarkan oleh bilik gerakan.

Setiap pengundi mendapat 10 keping zink namun penduduk yang tidak berpeluang menikmati 'imbuhan' BN melahirkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sikap diskriminasi terhadap mereka.DSC_0734

Di sebuah hotel terkemuka di sini Suara Keadilan mendapat maklumat BN menghulurkan RM1,000 kepada berpuluh-puluh pengundi yang pergi ke hotel tersebut untuk menerima wang tunai sebagai imbuhan unuk memberi undi mereka kepada BN.

Dua hari lalu Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor, Dr Daroyah Mohd Alwi membongkar tindakan BN yang mengepilkan wang tunai sebanyak RM30 pada setiap slip daftar mengundi di Kampung Segaliud.

IMG_3085Salah satu slip tersebut telah ditunjukkan oleh salah seorang pengundi Batu Sapi kepada Dr Daroyah."Beliau pergi ke bilik gerakan BN untuk menyemak daftar mengundi dan kemudian diberi slip yang telah dikepilkan wang. Jadi ini jelas BN memang memberi rasuah kepada pengundi," kata beliau.



20 ulasan:

Hamdan Hadillah berkata...

Inilah mula sudah politik. Jika parti lain buat salah, jika parti ini buat macam-macam khabar angin keluar. Jika mereka yang buat boleh pula. PAS membayar RM250 itu apa namanya??duit gaji pekerjakah??jadi pandai2lah cari jalan hidup sendiri PR. Memang PR sendiri pun melakukannya. PR bagi pak cik aku duit itu apa pula namanya??sedekah kah??

Unknown berkata...

Rasuah oleh BN??PR pula tabur apa sedekah kepada rakyatkah??Tidak perlulah PR mahu memberkan isu ini. PR sendiri pun sama 2x5. Jadi janganlah jaga tepi kain parti lain.

mantra berkata...

pemberian zink itu bukanlah rasuah, ia adalah bantuan yang diberikan kepada penduduk.

Tanpa Nama berkata...

bila kerajaan beri bantuan dikatakan rasuah. bila bantuan tidak diberikan, dikata pula kerajaan tidak prihatin..inilah politik...

Anak Sabah berkata...

Bukan saja BN, tapi PR juga memberikan 'hadiah dan wang' kepada para pengundi. Tidak boleh dinafikan merasuah pengundi adalah fenomena yang biasa berlaku dalam mana-mana pilihan raya.

Unknown berkata...

apa sahaja bentuk bantuan semasa pilihan raya secara automatik akan diklasifikasikan sebagai rasuah.

Unknown berkata...

sebenarnya pembangkang di Batu Sapi tidak mampu bersaing dengan BN. sebab itu mereka mempertikaikan bantuan ini yang mana mereka sendiri tidak mampu melakukan hal yang sama.. ini membuktikan BN mampu memenuhi tuntutan penduduk berbanding dengan pembangkang yang hanya tahu mengkritik..

Unknown berkata...

apa kurangnya pembangkang. kenapa tidak pertikaikan tindakan PAS di Galas yang juga menggunakan pendekatan rasuah.

Unknown berkata...

mungkin BN lebih baik kerana bantuan itu terus dimiliki oleh penduduk. tapi PAS semasa PRU12 hanya menggunakan sijil palsu kononnya untuk memberikan tanah kepada penduduk kampung.. tapi sehingga hari ini tidak ada pun tanah diberikan kepada penduduk.

Tanpa Nama berkata...

takkkan memberikan zink dianggap rasuah, rakyat memang memerlukan bantuan daripada kerajaan, pembangkang ni suka memanipulasikan fakta.

samm berkata...

bantuan tersebut diperlukan oleh rakyat. jadi tidak salah jika diberikan kepada rakyat.

maya berkata...

Apa salahnya BN memberi bantuan berbentuk zink kepada penduduk di Karamunting. Rasanya kalau ada mana2 pihak yang menghulurkan sumbangan ataupun bantuan pasti rakyat tidak akan menolak.

maya berkata...

Ini semua fitnah, tak kan lah rm30 boleh menarik lebih ramai pengundi.

maya berkata...

Ada2 sahaja, cubalah gunakan peluang yang ada dan memaklumkan kelebihan parti masing-masing agar rakyat lebih menghargai. Memburukkan-burukkan parti lain hanya akan menimbulkan kemarahan dikalangan pemimpin.

Antanum berkata...

Jika pun diberi duit tapi jika rakyat merasakan parti itu tidak layak untuk diundi maka tidak perlu la undi. Terpulang kepada penduduk di batu sapi bagaimana untuk menilai.

Paquin berkata...

Cakaplah apapun, yang pasti BN da menang :)

Paquin berkata...

Saya yakin pengundi pilih BN sebab kelayakan mereka dan bukannya disebabkan 'angpow'. hehehe

Paquin berkata...

Apapun, syukur jugalah pilihan raya berjalan lancar walaupun ada desas desus yang kurang enak didengar... Apapun Taniah pada BN kerana berjaya pertahankan kedudukan.

Paquin berkata...

Semoga BN dapat buktikan bahawasanya pilihan rakyat adalah tepat. Teruskan perjuangan utk menjaga kepentingan rakyat.

Paquin berkata...

Selepas ni sama2 lah kita berharap agar BN dapat memenuhi keperluar rakyat. Jangan biarkan pembakang mendapat ruang utk memburukan nama baik BN.