Ahad, 21 November 2010

BN minta tunai janji Bina Sekolah SJKC dan SJKT – Nga Kor Ming

SELANGOR KINI

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming mahu kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji-janji mereka membina 18 sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK(C) dan juga SJK(T).

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan mungkir janji terhadap manifesto untuk membina lebih banyak sekolah jenis kebangsaan tersebut sedangkan dalam setiap kali pilihan raya, BN menggunakan isu ini untuk menarik undi masyarakat Cina dan India.

Nga, yang dihubungi SelangorKini mendedahkan, bahawa daripada 18 sekolah jenis kebangsaan Cina yang dijanjikan akan dibina di negara ini, hanya empat sahaja yang telah ditunaikan sejak 1999 lalu.

“Antara 18 buah yang dijanji setelah rakyat menunggu lebih 10 tahun, hanya empat buah sahaja dibina, dan 14 lagi hanyalah omong kosong. Oleh kerana itu ia tanggungjawab kerajaan untuk mengotakan janji, kalau tidak bukan rakyat sahaja hilang keyakinan malah pelabur turut tidak mempercayai kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

Beliau juga melahirkan rasa kesalnya terhadap kerajaan BN Perak yang mengambil sikap sambil lewa tidak memperdulikan arahan kerajaan UMNO-BN sendiri dalam melaksanakan peruntukan membina sekolah jenis kebangsaan Tamil.

“Kerajaan Perak di bawah Datuk Seri Zambry, nampaknya tidak prihatin langsung isu ini walaupun ia janji yang dikeluarkan BN sendiri. Ini menunjukkan kurangnya kewibawaan mereka dalam mentadbir Perak Darul Ridzuan kerana isu rakyat pun tidak diberi perhatian yang wajar,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, beliau mempunyai bukti berupa surat arahan rasmi yang meluluskan peruntukan jutaan ringgit bagi membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, namun tiada tindakan susulan kerajaan negeri yang mendakwa tiada tapak disediakan.

“Setakat ini kerajaan negeri (Perak) gagal menyediakan tapak sekolah sebagai rizab untuk sekolah yang dijanjikan malahan dalam tangan saya ada bukti bekas Menteri Pelajaran dulu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pernah meluluskan RM 1.2 juta untuk SJK (T) Air Tawar, bagaimanapun setelah tiga tahun, SJKT masih dalam keadaan teruk dan perlu dibina semula tetapi masih tidak diusahakan. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana surat rasmi boleh diabaikan begitu sahaja,”katanya.

Perlembagaan Persekutuan telah membenarkan masyarakat Cina dan India untuk mendapat pendidikan vernakular yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri sebagai bahasa pengantar.

22 ulasan:

Unknown berkata...

Pastikan janji yang telah diberikan akan diberikan. Jangan hanya tinggal tanda tanya.

Hosie Masie berkata...

Memang rakyat akan hilang keyakinan dengan janji yang tidak dikotakan. Pelabur pun akan lari jika pemerintahan sedemikian. Tapi apa pun, pembangkang memang suka menunggu kesalahan Kerajaan. Inilah point mereka untuk menyalahkan kerajaan.

zam berkata...

janji perlulah ditunaikan. saya yajin dengan keprihatinan dan komitmen pihak kerajaan pasti janji akan ditunaikan.

Tanpa Nama berkata...

jika dah berjanji, laksanakan kerana janji itu ibarat hutang dan perlu dilangsaikan.

Unknown berkata...

Janji adalah janji, jangan kecewakan rakyat.

Unknown berkata...

Jika janji tidak ditunaikan, kemungkinan besar rakyat akan kehilangan kepercayaan mereka terhadap BN.

Tanpa Nama berkata...

apa2 kenyataan yang berkaitan dengan politik atau mempunyai kepentingan politik sukar dipercayai kerana sudah tentu ianya bersifat berat sebelah. lebih baik kita tunggu kenyataan disebelah pihak sebelum membuat sebarang spekulasi.

Anak Sabah berkata...

Janji-janjian ini memang perlu ditunaikan. Tolong pastikan kerajaan BN tidak mungkir janji.

Anak Sabah berkata...

Jangan mengecewakan rakyat yang mempercayai dan menyokong kerajaan BN.

Velove berkata...

Memang ini la antara janji2 BN.Saya harap janji itu akan dikotakan.

chimchim berkata...

Promises are meant to be fulfilled.

onong berkata...

Apa yang pernah diucapkan, harus pandai mengotakkanya. Jangan biarkan rakyat tertagih2.

dollie berkata...

The Chinese schools are very crucial for the students. Do it.

nurfatihah berkata...

Jangan sampai rakyat sudah hilang keyakinan barulah tergopoh-gopoh mahu siapkan lalu hasil kerja pula tidak memuaskan.

nurfatihah berkata...

Tidak perlu cakap ini hanya point pembangkang untuk menyalahkan kerajaan, kerana janji tersebut sudah ditabur sejak 1999 lagi. Jadi pihak pembangkang berhak untuk menegur supaya pemimpin BN kawasan berkenaan "bangun".

Gopuk berkata...

Haaa janji mesti ditunaikan...Nanti pihak pembangkang akan memainkan dan menjadikan isu untuk menembak pihak kerajaan.

kb girl berkata...

Sokongann dari kaum Cina dan India terhadap BN turun mendadak salah satu sebab ialah kerajaan memperalatkan pembinaan sekolah untuk agenda politik BN.

Unknown berkata...

Tidak kira ada janji ke tidak, jika sekolah diperlukan kerana penambahan jumlah penduduk, kerajaan harus membina untuk menampung keperluan.

Unknown berkata...

Janji tidak ditunaikan, maka sokongan dari kedua kaum makin lemah.

Unknown berkata...

Sudah berpuluh tahun Kerajaan BN membuat janji kosong, kini mereka sedar akan permainan BN. Itulah sebab BN hilang majoriti 2/3 pada pru 12 yang lalu.

captain berkata...

pendidikan tidak boleh diabaikan. Semua warga Malaysia berhak sama menerima pendidikan yang sempurna maka sekolah-sekolah wajip dibina untuk semua lapisan mengikut aliran.

Unknown berkata...

Lulukan sekolah dikawasan yang mempunyai penduduk Kaum tertentu yang seramai 3,000 keatas.
Ini akan mengurangkan pertikaian yang tidak diingini.