Selasa, 23 November 2010

Beras, keras, waras kunci kebahagian rumah tangga-Mohamed Aziz


009386808Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Antara kunci kebahagian rumah tangga ialah beras, keras dan waras, demikian menurut Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz di parlimen hari ini.

"Padi yang akhirnya menjadi beras, yang akhirnya jadi nasi, yang akhirnya mengenyangkan kita dan yang akhirnya rumahtangga menjadi aman.

Sebab itu antara kunci kebahagian rumah tangga ialah beras, keras dan waras," kata beliau dengan disambut riuh dengan gelak ketawa Ahli Parlimen lain.

Apabila beliau menyedari kemungkinan kenyataannya telah disalah tafsir, beliau menjelaskan keras yang dimaksudkan ialah sihat dari segi kesihatan fizikal.

"Keras maknanya sihat. Saya tak ada (maksud) lain. Kalau ada yang maksud kelain tu, di luar kemampuan sayalah," ujar beliau sama turut tertawa.

Beliau berkata demikian ketika diberi laluan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar semasa menjawab soalan berkaitan bekalan dan keperluan simpanan beras dalam negara.

Sementara itu ketika diberi laluan untuk mencelah, Mohamed berkata tanggapan sesetengah pihak bahawa mengimport beras lagi baik berbanding mengusahakan jelapang sendiri kerana kos yang lebih rendah haruslah diperbetulkan.

Menurut beliau, sikap terlalu bergantung kepada negara pengimport beras untuk memenuhi keperluan makanan dalam negara adalah amalan yang tidak baik untuk negara.

Beliau menjelaskan, negara bila-bila masa boleh berhadapan risiko negara pengeluar beras menghentikan eksport beras secara mengejut ke negara ini.

"Besok (jika) tiba-tiba makanan dalam negara kita berkurangan. Bukan kerana kita tidak mampu hendak beli, tetapi negara pengeluar tidak dapat menjual kerana keadaan-keadaan di negara masing-masing.

Beliau turut memberitahu parlimen agar pandangan seperti ini harus diubah dengan dengan mengusahakan lebih banyak lagi penanaman padi supaya negara lebih dahulu bersedia

Tiada ulasan: