Ahad, 21 November 2010

Apa Muslihat PERKASA Tidak Mahu Jadi Ahli Bergabung BN?

SEDAKA SEJAHTERA

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) setakat ini lebih berminat untuk tidak bergabung atau menjadi ahli bersekutu dengan mana-mana parti politik kerana "mahu kekal bebas tanpa terikat dengan mana-mana pihak".

"Apa jua dasar yang baik untuk rakyat, selari dengan perlembagaan negara, PERKASA akan bagi sokongan kepada mana-mana pihak," kata setiausaha agungnya Syed Hasan Syed Ali

Dalam kenyataannya melalui SMS kepada Malaysiakini petang ini, Syed Hasan bagaimanapun menyerahkan keputusan muktamad untuk memohon menjadi ahli gabungan BN kepada perwakilan mesyuarat agung PERKASA pada Mac tahun depan.

"Ia (merupakan) perkara dasar, maka keputusan terletak kepada perwakilan mesyuarat agung PERKASA," katanya menjawab soalan sama ada pertubuhan Melayu itu berminat menjadi ahli bergabung dengan BN setelah keahlian baru itu diluluskan parti itu tengah hari tadi.

Selain meluluskan ahli bersekutu secara keahlian langsung Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan keputusan dewan tertinggi parti yang meluluskan menerima mana-mana NGO, pertubuhan atau persatuan untuk menjadi ahli bergabung dalam parti itu.

Najib bagaimanapun menegaskan bahawa peraturan atau keputusan tentang ahli bergabung akan diputuskan oleh dewan tertinggi BN selepas mengambil kira pandangan parti komponen.

Sebelum itu, bercakap kepada Malaysiakini, Syed Hasan berkata sukar bagi pertubuhan itu menjadi ahli gabungan kerana ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang politik.

Malah, beliau juga sendiri masih belum faham apakah maksud dan pendekatan sebenar "ahli gabungan" seperti mana yang diumumkan oleh Najib itu.

"Kita tengok (dahulu) apa pendekatan BN. Dan apabila sudah faham, kita akan berfikir semula... Sukar untuk menerima jemputan (sebagai ahli bergabung) sebab ahli kita pelbagai latar belakang," katanya.

Sementara itu Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah pula menjangkakan kemungkinan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat dewan tertinggi NGO dua minggu lagi.

Pertubuhan yang diketuai ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali itu sering dikaitkan dengan Umno - tulang belakang BN - terutamanya oleh pembangkang.

16 ulasan:

Hosie Masie berkata...

Mungkin perkasa mempunyai rancangan yang tersendiri menjauhi BN. tapi kita mahu biar mereka jangan lupa tujuan untuk memperjauangkan hak rakyat kita.

Hosie Masie berkata...

mungkin PERKASA mempunyai pendirian yang bertentangan dengan BN. Tambahan lagi PERKASA ini adalah parti NGO. Jadi tidak ada salahnya mereka memilih siapa yang mereka pilih yang penting sekali kepentingan dan hak yang mereka perjuangkan.

zam berkata...

PERKASA merupakan NGO. jadi mereka bebas untuk menentukan pendirian mereka sendiri.

Tanpa Nama berkata...

PERKASA tidak ingin bergabung dgn BN kerana ia lebih mudah bergerak sendiri tanpa terikat mana2 pihak.

Tanpa Nama berkata...

ada baiknya jika perkasa tidak bergabung dengan BN, dan BN juga tidak perlu sewenang2nya menerima parti lain untuk bergabung..

Anak Sabah berkata...

Perkasa merupakan NGO, lebih baik mereka jangan berfikir mahu memasuki politik. Tengoklah cara mereka bertindak mengikut perasaan dan mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir. Langsung tidak sesuai mengikuti politik.

Anak Sabah berkata...

Saya berharap BN tidak akan menerima Perkasa sebagai ahli.

nurfatihah berkata...

Sejauh mana yang kita lihat PERKASA pun banyak menimbulkan masalah, jadi ini saya anggap satu berita baik supaya menjauhkan BN dari segala kontroversi PERKASA.

nurfatihah berkata...

Harap tidak ada lagi badan-badan NGO seperti PERKASA ni. Betul-betul menghuru-harakan negara saja.

Gopuk berkata...

Mungkin mereka tidak ada apa2 muslihat, tapi tidak ingin dipengaruhi oleh peraturan atau sistem yang diadaptasi dalam BN...

kb girl berkata...

Perkasa sudah hampir bermusuh dengan MCA dan Gerakan, manalah ia akan diterima oleh BN.

Unknown berkata...

Sokongan terhadap BN oleh kaum bukan Melayu pasti lagi terkikis sekiranya Perkasa dibenarkan menyertai BN sebagai ahli bergabung.

Unknown berkata...

Lebih dari setengah ahli perkasa adalah ahli UMNO yang sah, jika perkasa jadi ahli bergabung BN, apakah kedudukan ahli UMNO ini?

Unknown berkata...

Perkasa tidak mahu jadi ahli bergabung BN atau BN tidak menerima Perkasa sebagai ahli bergabung?

captain berkata...

Perkasa tidak sanggup dikawal sekiranya mereka jadi ahli bergabung BN.

Unknown berkata...

Ahli UMNO.
Ahli Perkasa.
Ahli bergabung BN.
JIka seorang itu mempunyai ketiga keahlian ini, apa hak keistimewaan ahli ini?