Jumaat, 12 November 2010

Anwar: Pembangkang meletakkan calon muka baru dan muda pada PRU-13

BERNAMA

SINGAPURA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beribu pejabat di Malaysia bercadang meletakkan muka baru dan muda sebagai calonnya pada pilihan raya umum ke-13 negara itu akan datang.

Pemimpin umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini adalah strategi terbaik parti itu yang akan dilakukan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dipercayai diadakan tidak lama lagi.

Pilihan raya umum ke-13 Malaysia mestilah diadakan pada 2013 atau sebelum 2013.

Berucap pada ceramah yang dianjurkan oleh Persatuan Koresponden Asing Singapura (FCA) di sini hari ini, beliau berkata calon PKR mungkin berumur dalam lingkungan 20-an atau 30-an kerana mereka akan menjadi tarikan kepada pengundi.

Anwar berkata ini adalah selaras dengan jolokan parti itu sebagai parti “Reformasi”, dan juga pengalaman sebelum ini menunjukkan calon muka lama PKR berkemungkinan tewas pada pilihan raya.

Semasa sesi soal jawab dengan kira-kira 50 hadirin yang terdiri daripada wartawan asing yang berpangkalan di Singapura, diplomat dan bukan pertubuhan kerajaan (NGO), Anwar berkata PKR akan mula bekerja keras untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dengan menjelajah ke seluruh negara menemui orang ramai mulai bulan depan.

Sambil menyatakan beliau optimistik dengan pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata beliau gembira jika pilihan raya itu diadakan tidak lama lagi, berikutan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan dan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah pada 4 Nov lepas.

Beliau yang juga ketua pembangkang berkata campuran pembangkang, terdiri daripada PKR, PAS dan DAP, akan bermesyuarat selepas Hari Raya Haji untuk mengkaji semula keseluruhan program dan strateginya dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mengenai dakwaan bekas calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkaitan penipuan dalam pemilihan parti, Anwar berkata beliau tidak terbabit dengan pemilihan itu dan menggesa Zaid mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan parti.

Anwar juga membidas beberapa media Malaysia seperti TV3 dan Utusan serta pemimpin Umno yang menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu bahawa negara ini akan diperintah oleh bukan Melayu jika pembangkang mengambil alih kerajaan.

28 ulasan:

Hosie Masie berkata...

Tidak ada masalah dengan semua itu. itu terpulang dengan pembangkang mengatur strategi sendiri.

mantra berkata...

muka baru atau lama, yang penting biarlah calon tersebut benar2 berkebolehan.

Hamdan Hadillah berkata...

Itu tidak ada masalah pun, tapi jangan nanti mahu memberikan khabar angin pula dengan parti lain. Pilih la calon siapa yang terpilih jangan asyik kacau parti lain sudahlah.

samm berkata...

setiap parti pastinya ada strategi masing-masing untuk menang dalam PRU nanti. tapi semuanya itu terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Unknown berkata...

Pastikan calon yang diletakkan benar2x mempunyai kebolehan.

Unknown berkata...

Semoga pemilihan PKR akan berjalan lancar. So far, belum pernah lagi saya dengar isu pemilihan dalam parti BN.

nickko berkata...

dengan kemelut yang berlaku dalam PKR akan menyukarkan laluan PKR untuk menuju Puterajaya.. walau siapapun yang diketengahkan dalam PRU akan datang, jika parti sendiri tidak terjaga, bagaimana pula rakyat mahu meletakkan kepercayaan kepada PKR untuk memimpin negara.

nickko berkata...

seperkara lagi, bagaimana tahap persefahaman antara PAS, DAP dan PKR? DAP tidak setuju dengan perjuangan PAS yang mahu menubuhkan negara islam, PAS pula menyimpan rasa tidak puas hati terhadap PKR yang bertindak sebagai ketua dalam Pakatan dan suka buat keputusan tanpa mengambil kira pandangan dan nasihat parti komponen yang lain.

nickko berkata...

walau apa jua strategi pembangkang, berwaspada lah kerana kekalahan PR dalam PRK baru2 ini menunjukkan penolakan rakyat terhadap kepimpinan PR.

Anak Sabah berkata...

Betul, saya sokong meletakkan calon baru. Inilah keputusan yang wajar.

Unknown berkata...

Calon muda??adakah pengaruh mereka ini. Sedangkan Anwar letak calon tua pun tetap kalah seperti yang berlaku di Batu Sapi.

gambir berkata...

Meletakkan calon baharu dan muda sememangnya baik cuma janganlah pula mudah terpengaruh dengan isu-isu yang sudah berlalu.

gambir berkata...

Calon muda dan berkebolehan mampu menarik lebih ramai pengundi, tapi perlu membuat beberapa perubahan tertentu.

gambir berkata...

Strategi baharu perlu ada bukan hanya untuk kemenangan parti tapi juga untuk kebaikan rakyat.

gambir berkata...

Meletakkan calon muda juga dapat mengelak masalah2 dalaman parti.

gambir berkata...

Malaysia adalah negara demokrasi. Demokrasi memberi hak kepada rakyat untuk memilih. Apa yang rakyat mahu, itu yang mereka dapat. Ini bermakna hala tuju negara ditentukan oleh rakyat, dengan melantik mana2 Parti yang menawarkan manifesto terbaik.

madd berkata...

mana-mana parti pun pastinya ada strategi dan cara tersendiri untuk menhadapi PRU nanti.

Tanpa Nama berkata...

bgs juga menampilkan muka baru dan muda. golongan perlu doiberi peluang kerana mereka bakal menerajui negara.

Antanum berkata...

Ada baiknya meletakkan junior2 yang baru tapi kena ada bimbingan dari orang2 lama. Sedia maklum la orang baru kena ada orang lama untuk memberi mereka petunjuk.

Unknown berkata...

Tapi yang penting, kebolehan itu ada. Jangan hanya pilih hangat-hangat tahi ayam saja.
hi

mike berkata...

adakah anwar yakin dan pasti dengan meletakkan calon muka baru dan muda pada PRU13?

mike berkata...

tidak bermakna meletakkan calon yang begitu muda akan membawa kejayaan kepada PR..ini kerana pengundi akan mempersoalkan kredibiliti serta pengalaman calon itu..pengundi tentu sekali tidak akan memilih calon yang dianggap 'budak' dalam politik kerana risikonya yang besar.

mike berkata...

apa pun, terpulang kepada kepimpinan PR..mungkin ada baiknya jika anwar berundur dari PR..

Velove berkata...

Ini bukan la satu isu baru. Anwar memang inginkan muka baru dalam pemerintahan PKR spaya dpt memanipulasikan veteran PKR dalam parti.

dollie berkata...

I'm not surprised at all. He is way too far now. More cronies are gone.

Ezef berkata...

Umno regarded Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim's promise to field young faces as the party candidates in the coming general election as a political ploy.

Umno Youth vice-chief Datuk Razali Ibrahim said it showed that the Opposition chief was beginning to realise the need for the party to approach the young generation to ensure its continuity.

"The statement by Anwar, to me, is just to get the support of the young people. My advice to the young generation is not to be influenced by it

"I also see the need for Anwar to attract the young generation because the seniors are beginning to reject PKR. So, he has to fill the vacuum with young blood," he said when contacted by Bernama here Friday.

On Thursday, Anwar, said in Singapore that PKR would field young people, from aged 20 to 30, as the party candidates in the coming general election.

Meanwhile, Kuala Lumpur Federal Territory Umno liaison secretary, Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee, said Anwar's statement proved that PKR was desperate.

"Many credible leaders have left PKR because they are not happy with Anwar's style of leadership.

"However, the young generation in the country is aware of Anwar's political game and manipulation in his efforts to be in power," he added.

onong berkata...

Anwar ialah pakar manipulasi dalam dunia politik. Bapa borek anak rintik.

chimchim berkata...

PKR is going down and down.