Rabu, 3 November 2010

Anwar Janji PR Turun Harga Minyak Sehari Setelah Tubuh Kerajaan Pusat

Oleh Dzulkarnain Taib

DSC_0839SANDAKAN - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekiranya Pakatan Rakyat diamanahkan untuk menubuhkan kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13, beliau berjanji untuk menurunkan harga minyak keesokkan harinya.

Anwar menegaskan ini bukan janji manis atau cakap kerana sebagai bekas Menteri Kewangan yang memegang jawatan itu selama lapan tahun, beliau tahu keuntungan hasil pendapatan mampu menampung keputusan yang bakal dilaksanakan itu.

"Saya tahu di mana wang disimpan, keuntungan Petronas sahaja melebihi RM70 bilion setahun, malah royalti minyak Sabah mencecah RM1.2 bilion tetapi harga minyak tetap dinaikkan tanpa ada belas kasihan kepada rakyat bawahan. Minyak banyak tapi harga naik.

"Adalah mustahil Umno-BN mengatakan tidak ada peruntukan untuk membantu rakyat miskin sampai jeti dan jambatan roboh di Batu Sapi. Kita berjanji sekiranya kita tubuh kerajaan di Putrajaya kita merubah semuanua ini dalam tempoh dua tahun," tegas Anwar di hadapan lebih 1,000 penduduk Kampung Bahagia yang merupakan kubu kuat BN.

Atas dasar ini Anwar berkata beliau terus melawan Umno-BN yang mengabaikan derita rakyat serta mengkayakan kroni dan kaum kerabat mereka.

Beliau memberitahu hadirin jentera umno sedang membuat lawatan sambil mengedarkan 'hadiah' menjelang pembuangan pada 4 November.

"Itulah Umno, dia datang terhegeh-hegeh beri hadiah dan duit, kemudian minta mengundi kita mereka. Apa dia ingat kita kuli, hamba dia? Kita rakyat merdeka.

"Bila mereka (umno) datang beri beras, ambil! Dia beri zink satu, minta sepuluh! Dia bagi wang, ambil! Bila masa mengundi nanti, ingat, pangkah KEADILAN!" kata beliau diikuti sorakan hangat dari penduduk.

Menegaskan pendirian beliau, Anwar berkata Umno-BN melalui jentera kerajaan telah mencuba sedaya-upaya untuk menghalang perjuangan beliau.

"Umno-BN takut dengan saya kerana perjuangan saya membela rakyat. Dia mahu tangkap, biar dia tangkap. Dia pukul, memang dia pukul saya. Dia telanjang, biar! Dia penjarakan saya, tak apa tetapi bila saya keluar penjara, lawan tetap lawan!" tegas beliau diikuti sorakan meriah.

Ceramah Anwar diteruskan dengan lawatan ke Kampung Bokara dengan sambutan kira-kira 200 penduduk menunggu di sebuah rumah penduduk tempatan.

"Jika kita berjaya menang Putrajaya, insya Allah dalam masa dua tahun kita akan rubah Sabah," tegas beliau lagi.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang mudah untuk berjanji, tapi benarkah janji itu ingin ditunaikan???

Hosie Masie berkata...

Janji memang senang. Tapi anwar mesti ingat bahawa masalah minyak bukan di Malaysia saja tapi itu adalah masalah dunia. Lapi satu memang benar mungkin akan turun pada esok harianya, dan tidak juga mustahil minyak akan naik semula selepas itu. Tidak perlu Anwar menafikannya. Memang akan berlaku juga kenaikan harga minyak.

Hamdan Hadillah berkata...

Inilah janji politik, pelbagai boleh berlaku. Janji yang hanya untuk kemenangan selepas itu tidak akan tertunai janji tersebut. Janji hanya mainan dimulut saja, pedih dan sakit telinga mendengarnya.

Anak Sabah berkata...

Itulah juga kena tunggu sehingga PR menang PRU-13. Sekarang PRK Batu Sapi dan Galas juga belum berlalu. Baik tunggu dan lihat.

Anak Sabah berkata...

Terpulanglah dengan kehendak rakyat. Hanya rakyat sahaja yang boleh menentukannya.

Unknown berkata...

cakap memang mudah, tapi untuk melaksanakannya amat payah sekali..

Unknown berkata...

apa perancangan Anwar untuk menurunkan harga minyak serta barang keperluan dalam masa yang sama mengukuhkan serta meningkatkan ekonomi negara? menggalakkan pelabur, menggalakkan pembangunan.. semua ini tidak semudah seperti yang beliau katakan walaupun beliau mempunyai pengalaman sebagai menteri kewangan.

Unknown berkata...

populariti Anwar semakin menurun.. rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap Anwar untuk memimpin negara. sebab itu beliau sanggup menjanjikan apa sahaja walaupun diluar kemampuan beliau.

mantra berkata...

Anwar ni sesuka hati ja beri janji, entah dpt ditunaikan ataupun tidak.

samm berkata...

mudah untuk sekadar berjanji atau bercakap, tapi adakah dia mampu untuk untuk malaksanakan janji tersebut??

Tanpa Nama berkata...

jgnlah mudah terpedaya dgn janji2 seperti ini.

Antanum berkata...

Bagaimanakah cara anwar untuk menurunkan harga minyak? Macam hanya retorik meraih undi!

Paquin berkata...

Ideologi yang baik tapi kurang praktikal. huhuhu

Paquin berkata...

Tak hairanlah BN juga berjaya kekalkan kedudukan mereka. Taniah BN.

Paquin berkata...

Semoga BN dapat buktikan bahawasanya pilihan rakyat adalah tepat. Teruskan perjuangan utk menjaga kepentingan rakyat.