Ahad, 21 November 2010

Amanat Anwar bidas 'sahabat' lama

S Pathmawathy

Amanat penting Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinanti-nantikan penyokong PKR beberapa minggu sebelum kongres PKR minggu depan nampaknya berkisar soal calon timbalan presidennya Datuk Zaid Ibrahim. selangor pkr gathering 201110 swearing Memberitahu enggan mengulas mengenai tindakan Zaid yang mahu meninggalkan PKR 16 Disember depan, Anwar bagaimanapun ketika menyampaikan ucapannya di hadapan 1,500 hadirin di Shah Alam berkata: "Kenapa saya perlu cakap tentang Zaid? Ini bukan tugas saya. Tugas saya untuk mengukuhkan parti," kata ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu. Bagaimanapun, Anwar berkata tidak akan sesekali "bertolak ansur" dengan mana-mana pihak yang memburukkan perjuangan lebih sedekad PKR dan "mengejek" pemimpinnya. "Sesetengah pramg berkata saya tidak neutral, menuduh saya memihak, tetapi biar saya beritahu sekarang, pilih siapa sahaja, tapi bukan orang yang mengkritik kita menggunakan media milik Umno," katanya.

15 ulasan:

Hosie Masie berkata...

Memang PKR dalam masalah sekarang setelah Zaid mengumumkan mahu keluar parti. Mungkin ketua PKR menafikan semua itu, mereka mengatakan zaid keluar sekali pun tidak akan megugat PKR. Tapi ingat ini boleh memburukkan PKR dengan kenyataan Zaid. Yang kununnya PKR tidak melaksanakan pemerintahan yang adil.

zam berkata...

PKR sedang berdepan dengan masalah dalaman. terpulang kepada mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tanpa Nama berkata...

keluarnya zaid dari PKR akan melemahkan lagi PKR.

Tanpa Nama berkata...

PKR bagaikan sebuah syarikat yang sedang mengalami kemerosotan dan sudah mencapai tahap bangkrap. agak menarik apabila pihak yang mahu keluar parti harus memberi notis sebulan sebelum secara rasmi menjadi bukan PKR. berdasarkan sumber maklumat terbaru, dikhabarkan ada ahli parlimen dan adun sudah berkira kira akan keluar dari PKR. adakah ini maksud Anwar bahawa tugas beliau adalah untuk mengukuhkan parti??

Tanpa Nama berkata...

keluarnya Zaid dari PKR sebenarnya tidaklah memberi apa2 impak kepada parti, ini kerana mereka2 yang berada didalam PKR hanyalah golongan yang bersimpati dan terus mempercayai Anwar. sesiapa yang menentang dan bercakap benar akan dilihat sebagai pengkritik atau pengkhianat atau ancaman kepada parti.

Anak Sabah berkata...

Bukankah DSAI memperjuangkan kebebasan bersuara? mengapa tidak boleh menerima kritikan Zaid sebagai dorongan untuk membaiki kelemahan diri? Mengapa DSAI boleh memburukkan Malaysia dengan tujuan mengesa kerajaan Malaysia untuk membaiki kelemahan mereka tapi DSAI sendiri tidak boleh menerima kritikan terhadap parti sendiri?

Ingati bahawa PKR masih belum sempurna lagi.

Anak Sabah berkata...

Apa-apa pun, terpulanglah dengan DSAI bagaimana dia mahu menangani isu ini. Yang pasti adalah rakyat sedang meneliti tindakan mereka, sama ada mereka mampu mendapatkan sokongan rakyat adalah terpulang dengan usaha dan tindakan mereka.

Unknown berkata...

PKR mungkin lemah sekarang dengan keadaan yang berlaku. Protest, keluar dari parti yang ditujukan kepada Anwar dan Azmin oleh penyokong PKR. Memang tidak disangka akan berlaku perkara ini.

Gopuk berkata...

Sikap anuar seperti ingin menyembunyikan sesuatu dan mementingkan dirinya sendiri sahaja. Kawan suda jadi lawan.

kb girl berkata...

Apa yang dilihat ialah Anwar dibidas oleh ramai 'sahabat lama' beliau.

Unknown berkata...

Sebagai seorang ahli politik yang mulia, jangan bersikap seperti bekas setiausaha politik Anwar yang mengkritik bekas boss beliau sehingga habis-habisan seperti bembalas dendam.
Tan Sri Lee Lam Thye patut dicontohi.

Unknown berkata...

Ramai ahli politik ini tidak gentleman betul, kalau tidak sehaluan, diam sajalah. Rakyat masih hormat.
Jangan buat bising, jangan fikir rakyat tidak tahu apa yang berlaku.

Unknown berkata...

Zaid tinggalkan UMNO tetapi masih menggunakan media UMNO untuk membidas musuh politik yang dahulunya sahabat.

captain berkata...

Jangan terlalu optimistik dengan peninggalan Zaid bahawa ini akan melemahkan PKR.
PKR sedang dalam proses 'filtering'.
Mungkin akan lebih kuat selepas ini.

Unknown berkata...

Tiada sahabat atau musuh selama-lamanya dlam politik.
Bermacam kemungkinan boleh berlaku sekiranya ada kepentingan.