Khamis, 25 November 2010

Agihan bantuan terjejas jika pertindihan pentadbiran

BERNAMA


SHAH ALAM -Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keberkesanan dan kecekapan agihan bantuan kebajikan kepada rakyat akan terjejas sekiranya terdapat pertindihan pentadbiran oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dimana hal ini tidak sepatutnya berlaku.

“Tak perlulah wujud pentadbiran berlapis antara kerajaan pusat dan kerajaan Selangor untuk memastikan bantuan kebajikan dapat disalurkan dengan berkesan kepada rakyat di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai teknologi hijau bertemakan “Ke Arah Pertumbuhan Ekonomi Lestari” di sini.

Abdul Khalid berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor perlu menambah baik perkhidmatannya dalam membantu golongan miskin dan kurang bernsib baik.

Shahrizat dilaporkan berkata sejumlah besar penduduk miskin di Selangor tidak menerima penjagaan dan bantuan daripada kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata ada kalanya mereka yang kurang bernasib baik mendapat bantuan kebajikan daripada kerajaan persekutuan dan negeri, tetapi ada juga yang tidak mendapat sebarang bantuan. Ini menunjukkan wang berkenaan tidak diberi kepada semua yang layakmenerimanya kerana tiada usaha untuk menjadikannya bayaran tunggal, kata beliau.


Tiada ulasan: