Khamis, 4 November 2010

Adun DAP digantung dari menghadiri sidang

BERNAMA

KUCHING — Ting Tze Fui (DAP-Meradong) telah digantung dari menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri sekarang berkuatkuasa serta merta.

Speaker Datuk Seri Mohammad Awang Asfia Awang Nassar membuat keputusan itu selepas 53 Adun mengundi menyokong tindakan terhadap beliau itu sementara lima yang lain, semuanya anggota pembangkang, menentang.

Ting digantung kerana membuat tuduhan palsu dengan mendakwa bahawa "berjuta-juta ringgit tidak dapat dikesan, barangkali dilesapkan," semasa perbahasan bajet negeri pada 12 Nov. tahun lepas.

Beliau telah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa dewan kerana gagal menarik balik dakwaan atau membuktikan tuduhannya terhadap kerajaan di luar prosiding 21 Mei tahun ini.

Pada sidang akhbar kemudian, pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng menyatakan kecewa dengan penggantungan Ting dan mendakwa seluruh prosiding berat sebelah.

Tiada ulasan: