Isnin, 15 November 2010

60 peratus rakyat Malaysia gemuk - Menteri

BERNAMA

KUALA LUMPUR . - Tiga puluh peratus penduduk di negara ini mempunyai berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi obes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, ia merangkumi semua peringkat umur, manakala jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan pula menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

"Kita perlu lihat kesihatan badan tu sebagai sesuatu yang penting kerana ia adalah pintu masuk kepada segala jenis penyakit yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.

"Fenomena ini membimbangkan kerana ia secara langsung berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit seperti diabetes, sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi, barah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital 2010 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Tiong Lai menggesa rakyat supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal termasuk bersenam, berjoging dan bersukan.

Tiada ulasan: