Isnin, 25 Oktober 2010

Undi untuk Pakatan tidak pecah di Batu Sapi

Harakahdaily

RAWANG: PKR yakin, undi untuk Pakatan Rakyat tidak akan pecah di Batu Sapi walaupun Parti Progresif Sabah (SAPP) turut bertanding melawan BN dalam pilihan raya kecil kawasan itu.

William Leong, Bendahari PKR dan juga ketua perunding Pakatan untuk penentuan parti yang bertanding di Batu Sapi berkata, pihaknya yakin pengundi Batu Sapi akan memilih PKR dalam pilihan raya ini.

"Ramai ingat Batu Sapi kawasan majoriti Cina kerana anggota Parlimen sebelum ini adalah Cina. Sebenarnya Cina hanya 38 peratus sahaja di sini dan 60.1 peratus pengundi adalah beragama Islam.

"Oleh itu tidak berbangkit apabila PKR bertanding dan SAPP bertanding, undi Cina akan pecah kerana sasaran kita berbeza," kata William kepada Harakahdaily ketika ditemui dalam majlis dialog dengan penduduk Bandar Tasik Puteri yang menuntut laluan ke lebuhraya semalam.

(Gambar: William bersalam dengan penduduk Bandar Tasik Puteri yang berkumpul Sabtu lepas)

Wlliam telah mengetuai pasukan perunding dari Pakatan Rakyat untuk berbincang dengan SAAP bagi menentukan parti dan calon yang hendak bertanding melawan BN di Batu Sapi.

Menurut William, SAPP berkeras mahu bertanding di Batu Sapi dan mahu menjadi parti alternatif kepada BN di Sabah.

Sebelum ini, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan undi untuk Pakatan Rakyat tidak akan berpecah di Batu Sapi kerana SAPP tidak bertindak sebagai pembangkang samada di Sabah atau peringkat nasional.

Parti itu, kata Anwar, lebih bersifat bebas.

SAPP telah menamakan presiden mereka, Datuk Yong Teck Lee sebagai calon di Batu Sapi.

Pakatan Rakyat pula telah menamakan ketua bahagian PKR Tuaran yang juga seorang peguam, Ansari Abdullah sebagai calon mereka.

BN pula telah menamakan Linda Tsen Thau Lin, balu Edmund Chong Ket Wah, bekas anggota Parlimen kawasan itu, sebagai calon di Batu Sapi.

Edmund meninggal ekoran kemalangan jalan raya baru-baru ini. Beliau menjadi anggota Parlimen kawasan itu sejak 2004 selepas menang tanpa bertanding. Dalam pilihanraya umum 2008, Edmund menang dengan mengalahkan calon Bebas ekoran kegagalan PKR meletakkan calon di stu.

PAS turut berminat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini ekoran 60.1 peratus pengundinya beragama Islam, namun memberikan sokongan kepada calon PKR selepas Pakatan memutuskan calon PKR yang akan bertanding di situ.

26 ulasan:

madd berkata...

setiap parti yang bertanding menyatakan keyakinan dalam PRK ini. namun, di Sabah BN dan SAPP sebenarnya lebih berpengaruh berbanding PR.

Tanpa Nama berkata...

sasaran PKR adalah pengundi2 Islam di Batu Sapi, sebab itu PKR merasakan mereka berpeluang untuk menang, namun PKr kena ingat bahwa BN dan SAPP tidak kurang hebatnya.

Anak Sabah berkata...

Tiada apa yang tidak baik jika pertandingan tiga penjuru berlaku. Ini akan menjadikan pilihan raya ini lebih menarik dan pada masa yang sama mengetahui kemahuan rakyat.

Leo berkata...

"PKR yakin, undi untuk Pakatan Rakyat tidak akan pecah di Batu Sapi walaupun Parti Progresif Sabah (SAPP) turut bertanding melawan BN dalam pilihan raya kecil kawasan itu."

PKR, jangan begitu yakin dulu. Kita tunggu dan lihat sahajalah keputusan undian nanti.

Leo berkata...

Diharapkan pengundi akan membuat penilaian dengan bijak.

Bujang Senang berkata...

Kita tidak nafikan juga kemungkinan melayu juga akan mengundi SAPP kerana mereka tidak percaya sangat dengan PKR. PKR juga ternyata sukar untuk menawan Batu Sapi oleh itu pelbagai isu keluar untuk menyenangkan hati parti itu sendiri.

Sanih Alias berkata...

Mana-mana pun akan berpecah dengan sokongan. Melayu sokong BN,SAPP dan sedikit untuk PKR. Cina akan menyokong BN dan SAPP. Maka dimana PKR mahu meminta belas kasihan dari rakyat lagi sekiranya mereka berpecah. PKR sebelum ini takut dengan SAPP cuba untuk memutar belitkan kebenaran tersebut. dengan menyatakan undi PKR tidak akan pecah, kita tengok sampai dimana kebenaran tersebut.

evan medhousky berkata...

"Ramai ingat Batu Sapi kawasan majoriti Cina kerana anggota Parlimen sebelum ini adalah Cina.."

bila masa pula kononnya ramai yang beranggapan sedemikian?.. sejak diumumkan PRK Batu Sapi lagi statistik telah menunjukkan majoriti pengundi adalah dikalangan beragama islam. saja mau buat2 cerita....

evan medhousky berkata...

sudah tentulah PKR akan menyatakan keyakinan mereka untuk menang walaupun mereka sebenarnya dalam keadaan tertekan. realiti sebenar, PKR takut pecahan undi ditambah lagi dengan calon BN yang sudah tentu memberi kelebihan kepada BN. semua hal2 positif yang ditulis oleh media2 berkenaan dengan PKR hanya sekadar menutup keadaan sebenar mereka..

azman berkata...

PKR janganlah terlalu yakin kerana BN dan SAPP lebih dikenali dan berpengaruh di Sabah. rakyat pasti tahu siapa yang layak untuk dipilih nanti.

Tanpa Nama berkata...

piliharaya BAtu sapi ini berlangsung dgn sengit, sukar nk menjangka pemenangnya. setiap calon mempunyai strategi tersendiri.

Unknown berkata...

PKR juga perlu ingat, walaupun bilangan pengundi ramai dari kalangan orang islam, TIDAK semestinya orang islam di Sabah akan menyokong calon yang beragama islam juga, kerana Sabah adalah contoh terbaik 1Malaysia. Kami tidak hanya akan mengundi berdasarkan agama dan kaum sahaja.

Unknown berkata...

Bersifat yakin itu bagus, tapi apabila terlalu yakin takut musnah pula harapan nanti. Suatu parti haruslah bersikap rendah diri, sifat itu yang akan dipuji rakyat.

Unknown berkata...

Ini pasti menarik. Tidak sabar untuk melihat hasilnya. Batu Sapi, anda penentu nasib nasib negeri.

evan medhousky berkata...

kita tunggu dan lihat sejauh mana rakyat Sabah khususnya penduduk Batu Sapi memutuskan pilihan mereka berdasarkan kaum. bagi saya bukan kaum menjadi ukuran, tetapi prestasi dan kemampuan calon tersebut dalam membawa penduduk Batu sapi kearah yang lebih baik.

kb girl berkata...

Undi untuk pakatan tidak pecah tetapi undi yang menetukan kemenagan berpecah.

Unknown berkata...

Undi untuk pakatan pecah setelah SAPP membuat keputusan bertanding dalam pilihanraya kecil ini.

Unknown berkata...

Siapa yang percaya dengan kenyataan diatas?
Undi pembangkan sudah dibahagi dengan dua.
Penyokong pembangkan kini dilema tidak tahu siapa yang harus mereka sokong.

Paquin berkata...

Iskk, geram betul aku membaca artikel yang sikit2 dikaitkan dgn agama... iskkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!

Paquin berkata...

Ya Jonny.. PRK kali ini pasti memberikan pertunjukkan yang menarik so jangan lupa ikut perkembangannya di buletin utama, local paper dan juga internet... konpom HOT!!

Paquin berkata...

Soal undi2 ni biarlah pengundi di BS yang putuskan. Saya yakin mereka tahu nak pilih siapa.

Paquin berkata...

Setuju supra... Tapi saya yakin pengundi BS cukup matang dalam membuat penilaian yang terbaik utk BS.

Paquin berkata...

Jadi, sama2 lah kita tunggu dan lihat siapa yang bakal menambat hati rakyat:) jeng, jeng, jeng.. hehhee

Unknown berkata...

Undi Pakatan tidak pecah. Undi SAPP juga tidak pecah. Mungkin undi Pakatan dan SAPP lebih dari undi BN jika dicampur sekali. Tetapi keadaan ini tidak membawa kemenangan pada mereka.

captain berkata...

Tangapan ini tidak tepat sama sekali. Undi pembangkang sudah pasti berpecah dua.

Unknown berkata...

Pengundi Batu Sapi dalam dilema, tidak tahu mana satu parti pembankang yang harus mereka undi, jadi mereka membuat keputusan mengundi BN.