Jumaat, 29 Oktober 2010

Umno Bergolak, Kumpulan Anti Musa Aman Diberi Amaran Keras

Oleh Dzulkarnain Taib

IMG_3630SANDAKAN - Bekas penaja Umno Sabah, Datuk Karim Ghani berkata pergolakan dalam kem Umno dan Barisan Nasional dalam jentera pilihan raya kecil Batu Sapi bukan lagi rahsia apabila kumpulan pro Datuk Seri Shafie Afdal dan kumpulan pro Ketua Menteri saling sabotaj mensabotaj dalam usaha mereka menguasai politik Sabah.

Beliau mendakwa kumpulan Shafie sedang bergiat untuk memastikan bahawa ahli Umno dalam BN mengundi calon Parti Maju Sabah (Sapp), Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dalam PRK Batu Sapi 4 November depan.

Tindakan mereka telah sampai ke pengetahuan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sehingga telah memberi amaran keras kepada kelompok supaya berhenti berbuat demikian.

"Tujuan mereka ialah untuk memalukan Musa Aman sebagai Ketua Perhubungan Umno Sabah dan Pengarah Pilihan Raya Batu Sapi," kata Karim kepada Suara Keadilan.

Beliau juga menggesa ahli-ahli Usno yang menyertai Umno supaya tidak mengundi calon BN dari Parti Bersatu Sabah (PBS).

"Ini kerana pada tahun 1985 PBS belot dan mengkhianati Usno serta menindas ahli-ahli Usno hampir 10 tahun.

"Untuk mereka menunjukkan kebencian kepada PBS saya harap mereka tidak mengundi calon PBS ini," ujar beliau.

Karim menegaskan PRK P185 Batu Sapi merupakan isyarat penting untuk menghadapi Pilihah Raya Umum ke-13 di mana hanya BN atau Pakatan Rakyat sahaja yang mampu membentuk kerajaan pusat.

Justeru itu adalah tindakan yang merugikan sekiranya pengundi Batu Sapi memberikan undi kepada Sapp yang hanya parti negeri yang tidak boleh membentuk kerajaan persekutuan dan merubah dasar kerajaan pusat.

"Kalau BN pula, rakyat juga akan menderita kerana ia mengamalkan buadaya 'cium tangan, angkat kaki, 'business as usual' dan 'status quo'. Kalau mahu perubahan tidak ada pilihan kecuali menyokong Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga bekas Naib Presiden Usno dan penasihat kumpulan bekas ahli-ahli Usno.

Tiada ulasan: