Sabtu, 2 Oktober 2010

Ugut rakyat: Kalau gelabah sangat, usah merepeklah Najib!

WarkahDaily

Sejak dari dulu sampai sekarang, tak sudah-sudah pemimpin tertinggi Umno bermain sandiwara dan berkurafat, konon hanya BN aje yang boleh memerintah, hanya BN aje yang boleh membuat pembangunan dan memberi keselesaan kepada rakyat.

Tapi kalau tanya rakyat, dah 53 tahun merdeka di bawah pemerintahan BN, selesa ke hidup rakyat? Senang-lenang ke hidup rakyat?

Rakyat golongann bawahan sentiasa merungut kenaikan harga barang, kesempitan hidup dan sebagainya. Golongan pertengahan pula asyik mengeluh, perkhidmatan pengangkutan yang disediakan kerajaan seperti berada di blok dunia ketiga. Dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah-ubah.

Bukan itu sahaja, rakyat juga tidak dapat menerima dasar pendidikan yang diwujudkan kerajaan yang tidak proaktif dan tidak memberi apa-apa kelebihan dan kebaikan untuk rakyat. Tukar menteri, tukarlah dasar pendidikan, lepas tu mangsanya ialah anak bangsa dijadikan bahan eksperimen seperti pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang memberi impak besar kepada murid yang lemah dalam bahasa Inggeris.

Perbelanjaan untuk menjalankan dasar pula tidak lagi diambil kira. Berbilion ringgit hangus begitu sahaja bila dasar yang tidak melalui kajian yang jelas dan terperinci terpaksa dirombak dan diubah selepas dihentam. Pandai memerintah ke tu?

Usah tanyalah bab lain, termasuk bagaiman kerajaan BN yang tergesa-gesa menghantar ‘pelancong’ angkasa dengan jutaan wang rakyat sekadar untuk membuat ‘kajian’ cara makan roti canai kat angkasa. Apa ke jadah kerajaan macam tu? Sampai sekarang tiada hitam putih apakah kejayaan apabila kerajaan menghantar ‘angkasawan’ ke angkasa.

Bagaimana pula dengan pasukan F1 Malaysia yang diwar-warkan pasukan Malaysia, pemandu anak tempatan, tenaga kerja tempatan, akan berpangkalan di Malaysia dan sebagainya. Tapi sehingga sekarang, pemandunya siapa? Orang kita ke? Apakah status pasukan F1 Malaysia, berada di tempat ke berapa? Sekarang pulak kedengaran perbalahan antara penaja dan pemilik pasukan berkenaan iaitu krisis penjenamaan semula pasukan itu daripada Lotus Racing kepada Team Lotus. Setakat itulah kelebihan yang ada pada pasukan yang dibangga-banggakan oleh PM 1Malaysia kita. Berebut, bergaduh dan bercakaran sesama sendiri sudah menjadi suatu yang pasti dalam pentadbiran BN.

Yang lucunya, Najib cuba menakut-nakutkan rakyat konon jika kerajaan BN tewas dan dijatuhkan, maka segala pembangunan dan dasar kerajaan yang dirancang akan terkubur. Konon univiersiti yang dirancang akan terbengkalai, projek balai raya tidak dapat dilaksanakan. Seolah-olah tiada kerajaan lain yang boleh lakukan itu semua melainkan kerajaan BN.

Oi!...Nak sembang dengan budak-budak sekolah rendah bolehlah. Jangan rendahkan tahap pemikiran rakyat kebanyakan ini sama taraf dengan pemikiran hangpa. Rakyat sekarang lebih cerdik daripada hangpa.

Kan bahloi kalau bandingkan sesuatu dengan benda lain yang tidak lagi wujud. Nanti orang cakap gilakan, marah pulak. Tapi memang ke arah itu pun.

Bagaimana mahu mengatakan kerajaan BN baik jika tiada kerajaan lain yang pernah memerintah negara untuk dibandingkan dengan pemerintahan BN. Kan pelik. Kalau nak banding dengan kerajaan negeri PR pun, ianya memang tak logic. Negeri dengan negara lainlah bro!.

Kalau fikir sebaik-baiknya pun, kerajaan negeri di bawah PR lagi bagus daripada kerajaan negeri yang diperintah BN. Kenapa penulis cakap sedemikian?

Cuba lihat, bagaimana Kelantan yang dikepung ekonomi mereka, peruntukan kewangan disekat, pembangunan untuk rakyat yang sepatutnya diagihkan oleh kerajaan pusat tidak diberikan pun masih lagi boleh bertahan dan negeri masih lagi membangun. Bahkan membangun lebih hebat daripada Terengganu yang diperintah BN.

Cuba bayangkan kerajaan BN yang berada di situasi itu, nescaya sudah tentu tak akan kekal bahkan akan tumbang begitu sahaja kerana mereka itu bukannya reti sangat memerintah jika tiada duit. Semua kerana dibantu oleh kerajaan pusat. Itu pun hutang berlambak-lambak. Nak bayar hutang jauh sekali.

Itu kerajaan negeri sesama negeri yang boleh dibandingkan. Tapi kerajaan pusat tak masuk akal jika nak dibandingkan dengan kerajaan negeri yang diperintah PR.

Walaupun dikatakan kerajaan pusat pandai memerintah pun , masih lagi terhegeh-hegeh dalam pentadbiran. Masih banyak kekurangan yang tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan BN. Usah berlagak dan sombong sangat. Setakat bina bangunan tinggi, buat universiti dan sebagainya, kerajaan komunis pun boleh buat. Ada duit boleh jalan.

Tiada ulasan: