Isnin, 25 Oktober 2010

Tuanku Ismail tiada kuasa pertikai pewaris takhta, kata peguam



PUTRAJAYA — Peguam mewakili Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berhujah, mantan Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra tidak boleh mempertikaikan kuasa anakanda baginda sebagai pewaris takhta di mahkamah.

Justeru, peguam Tan Sri Cecil Abraham berkata, Tuanku Ismail Petra tiada kuasa untuk mengemukakan petisyen memandangkan baginda bukan lagi Sultan Kelantan.

“Pemetisyen tiada ‘locus’ untuk merujuk persoalan-persoalan di bawah Artikel 63 dan Artikel 4 perlembagaan negeri,” kata Abraham di Mahkamah Persekutuan hari ini.

“Untuk merujuk Artikel 63, seseorang itu mestilah menjadi Raja,” kata beliau.

Tuanku Muhammad Faris Petra (gambar) yang kini menggunakan gelaran Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 di Istana Balai Besar bulan lepas bagi menggantikan ayahanda baginda Tuanku Ismail Petra yang gering sejak lebih dari setahun.

Tiada ulasan: