Sabtu, 16 Oktober 2010

Tindakan regim tahan pegawai Imegresen untuk lindungi ‘jerung besar’

FREE MALAYSIA TODAY

chegubard PETALING JAYA: Tindakan regim penguasa menahan pegawai Imegresen di bawah ISA merupakan usaha melindungi rangkaian jenayah korupsi dalam Imegresen yang melibatkan ‘jerung besar’, demikian menurut blog http.//chegubard.blogspot.com semalam.

Regim terpaksa bertindak kerana orang ramai sudah terlalu bising, malah sudah jadi rahsia umum mengenai kegiatan korupsi dikalangan pegawai Imegresen dalam hal membawa masuk tenaga kerja asing.

Tindakan ini juga kerana takut dengan tekanan negara asing khususnya Amerika Syarikat kerana negara ini sudah tersenarai sebagai penyeludup utama perdagangan manusia.

Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia berpendapat bahawa kegiatan yang berlangsung sekian lama sehingga negara tersenarai sebagai ‘negara penyeleudup manusia’ , pasti didalangi oleh orang-orang besar.

Bersekongkol dengan ketua sindiket

Menurut Menteri Keselamatan dalam Negeri, Tujuh pegawai Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kerana bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara.

Ini adalah masalah yang serius kerana itulah ia perlu siasatan terbuka dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan meletakkan mereka di bawah ISA dilihat lebih kepada melindungi ‘jerung besar’ apabila pegawai biasa ditahan. Jika disiasat terbuka dan didakwa sudah pasti banyak lagi akan’ terlambak dan terdedah’ di depan rakyat.

Ini bukan satu yang tidak mungkin, ketika sesi lawatan ke Sabah beberapa bulan lalu Che’GuBard sendiri ada berjumpa seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Sabah yang pernah ditahan ISA kerana terlibat dalam kegiatan memberi Kad Pengenalan kepada pendatang Filipina dan Indonesia.

Mangsa yang ditemui mendedahkan bahawa apa yang dilakukan ialah atas arahan sulit dari atas yang dia terlibat dalam memberi Kad Pengenalan yang membolehkan penerima mengundi dengan segera dalam pilihanraya pada ketika itu.

Namun apabila perkara ini terdedah beberapa pegawai terutama pegawai Jabatan Pendaftaran ditahan dibawah ISA kerana untuk elakan penyiasatan dan pendakwaan akan mendedahkan apa sebenar yang berlaku.

Penyeludupan warga asing

Kelmarin, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, polis menahan sembilan individu termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan warga asing yang pihak berkuasa percaya mampu menggugat keselamatan negara.

Penahanan kesemua suspek yang dilakukan dalam operasi secara besar-besaran selama tiga hari bermula Ahad lalu turut melibatkan dua warga asing yang bagaimanapun tidak didedahkan identiti negaranya.

Ketua Polis Negara,Tan Sri Ismail Omar berkata, penahanan sembilan individu itu sekali gus berjaya membongkar dan mengekang aktiviti sindiket berkenaan daripada terus berleluasa.

"Pihak polis memandang serius terhadap kegiatan sindiket ini kerana aktiviti pembolosan yang dilakukan telah menimbulkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan di pintu-pintu masuk negara.

Tiada ulasan: