Khamis, 28 Oktober 2010

Tiada cadangan sediakan saluran TV khas negeri

BERNAMA


Kerajaan tidak bercadang untuk menyediakan saluran siaran televisyen khas bagi negeri Sabah dan Sarawak atau negeri-negeri lain, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Katanya, ini kerana permohonan lesen penyiaran bagi membuka stesen-stesen penyiaran radio dan televisyen adalah berdasarkan permintaan pasaran dan daya maju perniagaan sesebuah stesen.

Bagaimanapun, katanya kerajaan sentiasa menggalakkan sebarang inisiatif dari pihak swasta yang mahu mewujudkan saluran khas bagi negeri-negeri.

"Inisiatif Astro bagi menyediakan saluran khas bagi Sabah dan Sarawak adalah nisiatif syarikat berkenaan yang terpuji dan kerajaan sentiasa menggalakkan nisiatif berkenaan," katanya menjawab soalan Anggota Parlimen Tuaran, Datuk eri Panglima Mojilip Bumburing.

Beliau ingin tahu sama ada kerajaan akan menyediakan saluran siaran radio taupun televisyen khas bagi negeri Sabah dan Sarawak sedangkan pihak Astro udahpun menyediakan saluran khas untuk kedua-dua negeri tersebut.

Salang berkata bagi sektor radio dan televisyen awam, kerajaan telah enyediakan saluran yang menyiarkan sebahagian kandungan yang sesuai dengan egeri Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian akan melaksanakan Program erluasan Siaran Televisyen Bebas ke Udara Melalui Satelit ke kawasan pedalaman abah dan Sarawak yang akan dilancar sebelum akhir tahun ini bagi memperluaskan iaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke kawasan-kawasan yang terlindung dan idak menerima siaran.


Tiada ulasan: