Rabu, 20 Oktober 2010

'Tak ada sebab larang media tertentu dalam AGM Umno'

Abdul Rahim Sabri

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau akan memanjangkan isu sesetengah media tidak dibenarkan membuat liputan terhadap Persidangan Agung Umno di dalam dewan kepada setiausah agung parti itu.

Menurutnya, pada tahun lalu, beliau telah pun membangkitkan tentang kewajaran tindakan itu diambil.

"Jadi, kalau begitu saya akan membawa perkara ini ke perhatian (Setiausaha Agung) Datuk Seri Tengku Adnan... Kita nak tunjukkan keterbukaan dalam Umno.

"(Jadi) tak ada sebab media tertentu tidak mendapat mengikuti AGM," katanya dalam satu sidang media selepas majlis perasmian ketiga-tiga sayap parti di Perhimpunan Agung Umno di PWTC malam ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung sesetengah media tidak dibenarkan membuat liputan dalam dewan kerana tidak mempunyai pas liputan media.

Selain Malaysiakini difahamkan terdapat beberapa lagi media turut tidak mendapat pas media untuk membuat liputan.


Tiada ulasan: