Selasa, 5 Oktober 2010

'Si sepet, si kaki botol': Hamim buat laporan polis

Jimadie Shah Othman
Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husain hari ini membuat laporan polis terhadap portal berita The Malaysian Insider dan seorang wartawannya berhubung isu kenyataan 'rasisnya'.

Beliau hadir membuat laporan itu di balai polis Sentul kira-kira jam 1 petang dengan diiringi Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah.

Hamim (kanan) bagaimanapun enggan bercakap sepatah pun kepada media, termasuk kandungan laporannya.

Beliau sebaliknya hanya membaca surah al-Fatihah dan berdoa untuk perpaduan umat Islam dan pemimpinnya di luar balai selepas membuat aduannya.

Hamim kemudian beredar daripada tempat itu tanpa mempedulikan wartawan yang mengejarnya sampai ke kereta.

Bagaimanapun, tampil berpakaian serba hitam - termasuk berkaca mata gelap - pegawai kerajaan itu sempat melambai dan tersenyum kepada pihak media yang menunggunya kira-kira sejam.

Menurut Arman Azha, laporan polis Hamim itu dibuat terhadap akhbar dan wartawan portal itu Boo Su-Lyn yang didakwa menyalahtafsirkan kenyataannya dan menyelinap dalam program tertutup mereka.

Menurut Arman Azha (kiri) lagi, tindakan Boo Su-Lyn itu yang "menyalahtafsirkan" kenyataan Hamim itu boleh "menggugat muhibah dan keamanan kaum".

"Kami PERKASA berdiri teguh di belakang beliau (Hamim). Itu adalah program tertutup. Media harus hormat," kata Arman Azha lagi.

The Malaysian Insider dalam laporannya minggu lalu mendakwa Hamim menghina dan melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si sepet mata' dan 'si kaki botol'.

Pegawai kanan BTN itu juga dilaporkan oleh Boo sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.

22 ulasan:

Unknown berkata...

Sebaiknya janganlah memberi 'gelaran' kepada suatu kaum..

madd berkata...

semoga isu yang telah timbul dapat diselesaikan dengan sewajarnya.

Tanpa Nama berkata...

isu ini wajar disiasat dgn teliti, harap isu ini tidak lagi diperbesarkan, ia harus diselesaikan segera.

Logop berkata...

Tidak semua yang berbangsa cina mempunyai mata sepet,ada juga yang bermata besar seperti beberapa kawan sya yang berbangsa cina TULEN.
Tidak semua berbangsa India adalah kaki botol, ada juga yang suka minum air suam atau susu daripada arak. My point here is, stop generalizing a race!

Logop berkata...

Apa2x pun, siasatan harus dibuat terhadap isu ini.

Bujang Senang berkata...

Hamim perlu memberikan penjelasan yang terperinci berkenaan masalah ini. Supaya semua pihak berpuas hati dengan penerangan Hamim tetang perkauman.

Paquin berkata...

Inilah akibatnya jika terlalu membuat stereotaip. huhuhu

Paquin berkata...

Apapun saya harap hal ni dapat diselesaikan dengan baik.

mike berkata...

lagi2 isu perkauman..

mike berkata...

benar atau tidak, salah tafsir atau tidak, semuanya harus disiasat dengan teliti..bagi sesetengah pihak, mempolitikkan isu perkauman merupakan alat untuk mereka meraih sokongan dari golongan etnik/kaum tertentu..perbuatan seperti ini adalah tidak sihat dan tentu sekali akan memberikan kesan yang buruk kepada kesejahteraan hidup rakyat..akta berkaitan dengan kaum di Malaysia harus diperketatkan lagi.

gambir berkata...

Perkara ini sepatutnya diselesaikan dengan cara yang lebik baik dan tidak diperbesarkan, kerana kaum2 tertentu yang mengatahui perkara ini akan menimbulkan kemarahan mereka terutamanya gelaran yang agak menyinggung perasaan meraka.

gambir berkata...

Sebaiknya jangan menyuntuh isu2 perkauman kerana ia boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakan di Malaysia.

Anak Sabah berkata...

Satu lagi masalah racis timbul sebelum isu guru besar itu selesai. Bagaimana kita mahu mencapai 1 Malaysia jika ada pihak tertentu yang sengaja merosakkan perpaduan?

Anak Sabah berkata...

Perbuatan seperti ini tidak boleh dibiarkan sahaja, tindakan tegas mesti dikenakan terhadap sesiapa yang racis, jika tidak, dijangka perkara yang sama akan berulang.

Tanpa Nama berkata...

lain kali berhati2 dengan setiap tutur kata.. sudah tentu ucapan dari pemimpin atau yang memegang jawatan tinggi akan mendapat perhatian media. bagaimana The Malaysian Insider boleh menulis kenyataan itu jika Hamim tidak memulakannya?

Tanpa Nama berkata...

diharapkan siasatan yang adil, telus dan jujur dapat dilaksanakan bagi mengelakkan isu ini dipertikaikan oleh rakyat atau pembangkang.

Unknown berkata...

Si Hamim ini naif. Cuba lah dia kunjungi pup-pup, karaoke atau pusat hiburan disekitar ibukota, mungkin dia akan mengubah fikiran dan tidak berani menyifatkan orang India sebagai 'si kaki botol'. Cuba buat pemantauan di pusat-pusat hiburan tengok siapa yang kuat minum.

Unknown berkata...

Kalau silap minta maaf saja. BUat laporan polis tidak dapat menyelesaikan masalah.
Akibat akan ditanggung kerajaan nanti.

captain berkata...

Betul kata Logop. Saya ada kawan Cina yang bermata besar. Saya ada kawan Melayu yang matanya sepet.

Unknown berkata...

Sudah jadi kebiasaan menyalahkan wartawan setiapkali terlanjur kenyataan yang tidak disenangi pihak tertentu.
Benarkah taraf bahasa wartawan seteruk itu?
Tidak.

Unknown berkata...

Hentikanlah isu ini. Tahan saja orang yang memulakan persekitaran tidak sihat ini.

POP berkata...

Memang patut ditampar. Beri gelaran untuk apa?