Khamis, 21 Oktober 2010

Shafie: Saya cuma sementara, tiada masalah tinggalkan Kedah

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau mempunyai masa yang cukup untuk membantu Umno Kedah untuk merampas kembali negeri itu daripada pembangkang.

Sambil menafikan beliau kesuntukan masa untuk ke Kedah dan menjalankan amanah yang diberikan kepadanya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, beliau berkata apa yang penting ialah pemimpin di semua peringkat termasuk Pemuda berterusan turun padang melakukan gerak kerja.

“Tidak menjadi masalah. Bukan masalah tidak cukup masa... cukup masa.

“Cumanya mungkin jawatan itu perlu diberikan kepada orang Kedah untuk ambil alih. Tugas saya cumalah untuk membantu.

“Saya diminta Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk membantu Kedah. Kalau pihak pimpinan mahu kita (bantu), dengan senang hati kita akan bantu.

“Saya membantu untuk memberikan Umno (Kedah) bangkit semula supaya kita dapat merampas kembali Kedah,” katanya kepada Bernama mengulas kenyataan wakil Pergerakan Pemuda Umno Kedah, Basorri Hassan, di sini, hari ini.

Bassori dalam perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, meminta Umno pusat mengkaji semula pelantikan Mohd Shafie sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah memandangkan beberapa kekangan yang memberi masalah terhadap usaha Umno merampas semula negeri itu.

Antara kekangan yang dimaksudkan perwakilan itu ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu sentiasa mempunyai masa yang terhad untuk menunaikan tanggungjawabnya di Kedah selain sibuk dengan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Semporna dan Naib Presiden Umno.

Shafie juga berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya diminta berundur oleh pucuk pimpinan tetapi menegaskan itu bukannya persoalan pokok yang harus dibangkitkan sekarang.

“Ini bukan tempat saya dan saya faham. Jawatan itu perlu disandang oleh orang Kedah, tapi pelantikan saya ini hanya bersifat sementara sahaja.

“Persoalannya ialah, apa yang penting ialah gerakan menjuarai kepentingan masyarakat mestilah diutamakan. Saya tidak pernah mengejar jawatan sebaliknya hanya diminta untuk membantu parti,” katanya.

23 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Apa yang Shafie mahukan adalah tempat KM Sabah. Mestilah dia menyerah balik Kedah.

zam berkata...

Shafie mungkin hanya sementara memimpin UMNO Kedah. oleh itu UMNO Kedah Perlu terus berusaha untuk mendapatkan keyakinan rakyat.

Bujang Senang berkata...

kita tidak pasti apa tujuan sebenarnya Shafie. Tapi kita yakin mungkin kerana Shafie tidak dapat kemenangan di Kedah terpaksa undur diri terlebih dahulu sebelum terlambat. Apa pun itu adalah yang terbaik untuk rakyat kedah.

Hamdan Hadillah berkata...

Shafie patut dengan keputusan tersebut. Ini untuk memastikan Kedah dipimpin oleh orang tempatan sendiri dan bukan orang import. Harap BN kedah akan menguatkan pertahan mereka dengan pengerusi Kedah yang baru nanti.

mantra berkata...

Shafie hnya membantu UMNO kedah mendapatkan kembali Kedah, UMNO kedah kena menguatkan jentera mereka bagi mendaptkan sokongan rkyat.

evan medhousky berkata...

isu ini tidak perlu dengan sengaja dirumitkan memandangkan Shafie sendiri tidak keberatan untuk berundur dari jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

evan medhousky berkata...

bagi mengelakkan isu ini mengundang konflik dalaman, tunaikan permintaan pemuda umno itu... alasan tidak mempunyai masa tidak patut ada kerana setiap ahli mempunyai tanggungjawab yang sama. bukan hanya bergantung pada satu pihak.

kb girl berkata...

Betul cakap Dt. Shafie, beliau boleh pulang ke Sabah.

Unknown berkata...

Baliklah ke Semporna. Ramai lagi yang meminta bantuan di sana.

Tanpa Nama berkata...

jika Shafie berundur dari menjadi pengerusi UMNO Kedah, dia akan kembali ke Sabah untuk merebut jawatan ketua Menteri.

Unknown berkata...

Nampaknya,shafie tidak kisah untuk meninggalkan kedah. Ini mungkin kerana dia mahu ambil alih tempat KM Sabah.

Unknown berkata...

Pastikan jawatan Shafie akan diberi kepada pemimpin tempatan.

Unknown berkata...

Shafie cuma memimpin UMNO Kedah buat sementara. Sampai masa nanti ia akan diserah balik.

Unknown berkata...

Mungkin Shafie merancang pulang ke Sabah untuk dilantik sebagai Ketua Menteri.

Unknown berkata...

Kalau bukan dari arahan atas, rasanya Shafie juga tidak berminat menjadi ketua perhubungan UMNO Kedah.

mike berkata...

mungkin orang kedah tidak senang dengan shafie sebagai orang luar merupakan ketua perhubungan UMNO kedah.

mike berkata...

mungkin tiba masa untuk shafie fokus kepada semporna..jika mengimpikan kerusi KM, mungkin akan ditolak oleh rakyat sabah dan seterusnya akan menyebabkan BN kalah di sabah.

mike berkata...

adalah tepat sekiranya shafie mengundur diri dari kedah..ini bagi memuaskan hati semua pihak..

mike berkata...

apa pun keputusan adalah dari pucuk pimpinan UMNO..tunggu apa kata presiden UMNO berhubung isu ini.

captain berkata...

Benar kata Shafie. Tiada pemimpin tetap tidak berubah. Pemimpin datang dan pergi mengikut masa tertentu.

Unknown berkata...

Jika benar UMNO Kedah tidak suka dengan pimpinan Shafie, mintalah dari PM suapya beliaunymyead ditukarkan.

Paquin berkata...

Ok la macam ni bah. SA dah cakap dia hanya membantu so tak perlulah perbesarkan lagi hal ni.

Paquin berkata...

Yang penting sekaran ni ialah para pemimpin harus fokus pada kebajikan rakyat :)