Selasa, 26 Oktober 2010

Selangor maju dalam penggunaan teknologi hijau

FREE MALAYSIA TODAY

eco-friendlyhandglobeSHAH ALAM: Selangor merupakan sebuah negeri yang maju dalam penggunaan teknologi hijau dalam usaha mengurangkan pencemaran dan penjimatan tenaga.

"Walaupun teknologi ini belum digunakan secara meluas dan kurang popular di Malaysia, tetapi Selangor berbangga kerana tidak ketinggalan berbanding negara-negara lain di dunia," kata satu kenyataan media dari pejabat menteri besar hari ini.

Kenyataan itu berkata, beberapa ciri penerapan teknologi hijau ini sudah diguna pakai oleh pemaju perumahan dan sektor industri di Selangor.

"Sebagai contoh Pusat Logistik di Panasonic Malaysia di Shah Alam yang menerapkan teknologi hijau seperti panel lutsinar untuk menyimpan tenaga solar.

Kata kenyataan itu, "Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimum atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

"Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria bagi meminimumkan degrasi kualiti persekitaran iaitu mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar,"

Menurut kenyataan itu, ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat serta lebih baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Berhubung dengan teknologi hijau ini, kata kenyataan itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah melawat Ekspo Shanghai 2010 pada hujung minggu lalu yang disertai oleh negara-negara utama di dunia.

Baginda dan Khalid begitu teruja melawat ekspo ini untuk mendapatkan idea dan konsep teknologi hijau yang dipamerkan bagi menggalakkan penggunaannya dengan lebih meluas di Selangor.

Ekspo ini memberi fokus kepada usaha mendidik dan mendedahkan masyarakat dunia kepada teknologi hijau yang semakin popular dan penting dalam usaha mengurangkan pencemaran dan penjimatan tenaga.

Tiada ulasan: