Jumaat, 22 Oktober 2010

SAPP tetap tanding di Batu Sapi

BERNAMA


Datuk Yong Teck Lee (kiri) bersalaman dengan William Leong (tengah) selepas mengadakan pertemuan bagi membincangkan pilihan raya kecil Batu Sapi di Penampang hari ini. Memerhatikan ialah Timbalan Pengerusi PKR Sabah Christina Liew (kanan). – Foto Bernama
PENAMPANG – Harapan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencapai persetujuan dengan Parti Maju Sabah (SAPP) agar pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN), tidak menjadi kenyataan apabila SAPP bertegas dengan pendiriannya untuk meletakkan calon sendiri.

Dua parti itu mengadakan rundingan selama sejam di sini hari ini, dengan PKR diwakili bendahari agungnya William Leong Jee Keen dan SAPP oleh presidennya Datuk Yong Teck Lee.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak berkempen menentang satu sama lain dan menjadikan BN sebagai sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil pada 4 November itu boleh dijadikan “sumber rujukan” oleh parti pembangkang apabila mengadakan rundingan pada masa akan datang.

Sapp akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala Leong sekadar berkata PKR akan mengumumkan calonnya “sedikit masa lagi”.

BN akan mengumumkan calonnya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Ahad ini.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada PBS dalam nahas jalan raya di Tanjung Aru pada 9 Oktober.

Kawasan Parlimen itu mempunyai 25,582 pengundi berdaftar, termasuk 1,535 pengundi pos.

Hari penamaan ialah pada 26 Oktober.

Dalam pada itu, BN tidak mempunyai masalah dalam meletakkan calon untuk pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di

Sabah kerana ia mengamalkan konsep pemuafakatan di kalangan parti komponen, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun Umno mempunyai anggota terbanyak di kawasan itu, kerusi itu bagaimanapun sudah ditetapkan untuk PBR dan Umno akan bekerja keras menyokong calon daripada PBS.

“Bagi kita, BN tidak jadi masalah kerana kita sudah ada konsep muafakat kerana kerusi ini adalah kerusi PBS. Walaupun di situ Umno mempunyai jumlah ahli terbanyak tetapi disebabkan muafakat, kita setuju akan bekerja sokong calon PBS yang kita akan namakan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN berkata apa yang penting ialah supaya BN terus bekerja keras untuk memperoleh kemenangan dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata pertelagahan di kalangan parti pembangkang itu sebenarnya tidak akan memberi keuntungan kepada pengundi di situ.

“Walau sesiapa pun (calon pembangkang) bertanding di dalam kawasan itu, dia akan kata dia sepakat tetapi sebenarnya dia tidak sepakat.

“Dan pasti akan ada pihak-pihak yang mensabotaj dan (ini) tidak beri keuntungan kepada pengundi di situ,” katanya.

17 ulasan:

evan medhousky berkata...

bagus,, persaingan tiga penjuru ini bakal menyaksikan sekali lagi BN mengekalkan kerusi Batu Sapi.. sudah tentu peluang BN untuk menang akan lebih cerah kerana undi untuk pembangkang terpaksa dikongsi oleh dua parti..

evan medhousky berkata...

menang atau tidak, jadikan PRK Batu Sapi ini sebagai penanda aras tahap sokongan rakyat terhadap parti masing2. rakyat Sabah tidak sabar melihat sejauhmana populariti SAPP setelah 2 tahun keluar dari BN, dan populariti PKR setelah melalui detik2 sukar yang penuh dengan konflik dalaman.

Anak Sabah berkata...

Bagus jugalah kalau ada pertandingan tiga penjuru. Kita tengoklah parti yang mana kesukaan rakyat.

Anak Sabah berkata...

SAPP berhak bertanding, rakyat berhak mengundi parti yang mereka mahukan. Kita tengoklah bagaimana keputusan nanti.

samm berkata...

nampaknya pensaingan tiga penjuru bakal berlaku dalam PRK Batu Sapi. rakyat perlu memilih parti yang terbaik untuk mereka.

Sanih Alias berkata...

Satu berita yang baik untuk semua rakyat sabah. SAPP tetap akan bertanding. SAPP tidak mahu mereka malu dengan tarik diri begitu saja untuk memberikan laluan kepada PKR.

Bujang Senang berkata...

SAPP tetap akan bertanding walaupun PKR meminta SAPP memberikan laluan kepada mereka untuk bertanding 1-on-1 BN dengan PKR. Tapi SAPP tidak akan setuju dengan semua itu kerna SAPP mahu menguji sokongan rakyat terhadap parti tersebut. Di mana lagi kami mahu bertanding jika bukan pelunag sekarang.

Unknown berkata...

YTL telah memberikan kata putus akan bertanding di Batu Sapi walaupun telah dirayu oleh PKR supaya tidak bertanding. Ramai ahli SAPP tidak bersetuju dengan PKR yang menyuruh parti SAPP menarik diri dari bertanding di PRK Batu Sapi.

mandau berkata...

SAPP akan bertanding, maka akan berlaku pertandingan 3 penjuru dalam piliharaya Batu Sapi.

maya berkata...

macam inilah SAPP perlu ada pendirian sendiri dan jangan asyik ikut cakap PKR saja, siapa tahu parti SAPP mendapat lebih ramai sokongan rakyat berbanding PKR.

Logop berkata...

Bagusla tue SAPP bertanding di batu sapi nanti.

Logop berkata...

May the best man win!

madd berkata...

nampaknya SAPP meneruskan niat mereka untuk bertanding. mungkin keadaan ini kurang baik bagi PKR kerana mereka mengharapkan SAPP tidak bertanding sebelum ini.

Unknown berkata...

nampaknya PRK kali ini lebih meriah di kalangan pembangkang. masing-masing ingin lihat samada SAPP atau PKR yang akan menang. seolah-olah BN sudah bukan menjadi tajuk utama PRK ini.

Unknown berkata...

namun, ini semua terletak kepada undian rakyat batu sapi, hanya mereka harapan negeri untuk melakukan perubahan.

betul juga cakap maya, sekurang-kurangnya SAPP tidak tunduk kepada PKR sekalipun. parti sabah juga ingin mencuba nasib.

gambir berkata...

Tiada halangan SAPP untuk bertanding. Namun adakah Parti PKR dan SAPP mampu menumbangkan BN? kita tunggu dan lihat keputusannya.

gambir berkata...

Diharapkan semua parti yang bertanding akan dapat melakukan yang terbaik.