Jumaat, 22 Oktober 2010

Pusat Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi Beroperasi 24 Oktober

BERNAMA

SANDAKAN: Pusat Media untuk pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi yang terletak di tingkat bawah, Sanbay Hotel, Bandar Leila, akan beroperasi secara rasmi mulai 24 Oktober ini.

Jurucakap Urusetia Pusat Media berkenaan Mohd Kaya Uggoh bagaimanapun berkata pusat media berkenaan sudah dibuka di mana setakat jam 4 petang tadi, 20 agensi media tempatan dan nasional yang terdiri daripada 28 wartawan dan jurugambar telah mendaftar. Pusat media berkenaan dilengkapi 12 unit komputer, mesin pencetak, mesin fax, WiFi, ruang untuk sidang akhbar serta ruang letak kereta yang luas, katanya.

Pusat itu yang beroperasi antara jam 8 pagi hingga 12 tengah malam termasuk hari cuti umum akan menempatkan 12 kakitangan yang akan bertugas pada satu-satu masa apabila ia beroperasi sepenuhnya kelak.

Pilihan raya kecil Batu Sapi diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmond Ket Wah akibat kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Okt ini sebagai tarikh penamaan calon dan jika ada pertandingan pengundian ia akan diadakan pada 4 November.

Jumlah pengundi yang layak mengundi di Batu Sapi ialah 25,582 termasuk 1,535 pengundi pos.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

peranan media penting dalam menyampaikan maklumat berkaitan proses dan perjalanan pilihan raya itu nanti.

Tanpa Nama berkata...

pusat media itu perlu bagi memastikan orang ramai mengetahui perkembangan semasa mengenai pilihanraya tersebut.

evan medhousky berkata...

apa sahaja persiapan yang mempunyai kepentingan dalam PRK Batu Sapi perlu dilakukan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa PRK dijalankan.

Hamdan Hadillah berkata...

Semoga PRK ini akan berjalan dengan lancar dan tanpa ada halangan yang menimpa. Selamt berjuan semua parti.

Unknown berkata...

Sebagai penduduk Batu Sapi, tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai pengundi. Kerana ini akan menentukan masa depan anda semua. Berikanlah sokongan dengan PRK Batu Sapi ini. Pilihlah calon yang begitu memahami penduduk tersebut.

Unknown berkata...

Inilah saat yang ditunggu-tunggu, siapakah calon yang akan bertanding dikawasan berkenaan nanti. Jangan kita lupa rakyat yang menentukan kemenangan mereka. Selamat berjuang untuk rakyat. BN mesti mempertahankan kemenangan sebelum ini yang telah menduduki kawasan ini selama 2 kali berturut-turut.

Leo berkata...

Semoga pilihan raya kecil tersebut akan berjalan dengan lancar.

nurfatihah berkata...

Baguslah, perancangan awal telah dilakukan. Diharap segalanya berjalan dengan lancar, tepat dan cepat.

nurfatihah berkata...

Sekali lagi perlu diingatkan kepada penduduk Batu Sapi, pilih yang terbaik di kalangan yang terbaik.