Sabtu, 16 Oktober 2010

Projek segera bukan rasuah: Umno cuba perbodohkan rakyat

WarkahDaily – Sebenarnya nak bagi projek kat rakyat pada asalnya bukanlah rasuah. Bahkan ianya memang bagus dan menjadi tanggungjawab kepada kerajaan yang memerintah memberi kemudahan kepada rakyat di bawahnya supaya boleh hidupselesa.

Tapi yang menjadi masalah, projek yang sepatutnya disalurkan oleh kerajaan itu hanya diberikan ketika tiba musim pilihanraya. Padahal peruntukan sesuatu projek itu seperti contoh jalanraya, ianya sudah pun diberikan dan diluluskan sejak sekian lama. Tapi kerajaan BN melambat-lambatkannya semata-mata nak tunggu pilihanraya. Semuanya kerana nak bagitau kat rakyat sebelum rakyat buang undi, kerajaan BN tu baik.

Padahal itu semua menjadi tanggungjawab kerajaan bukan ketika pilihanraya sahaja.

Kenapa harus ditabur bermacam-macam projek, bahkan dijanjikan dengan pelbagai projek yang tak masuk akal ketika musim pilihanraya? Bila pilihanraya sahaja, mulalah nak turap jalan raya yang pada asalnya dah elok tapi kerana pilihanraya, turap jugak. Padahal kawasan sebelah yang tidak pilihanraya (pilihanraya kecil) tidak pulak diturapkan walaupun jalan itu dah usang, teruk berlubang-lubang.

Tapi kalau tanya Umno dan BN, depa akan kata tu bukan rasuah tapi itu adalah untuk kebaikan rakyat. Memanglah untuk kebaikan rakyat tapi yang kamu duk bagi masa pilihanraya apasal? Padahal benda tu (projek kemudahan awam) dah lama rakyat memerlukannya bukan nak tunggu pilihanraya.

Pernah seorang penceramah BTN mengaku perkara ini. Selepas diasak beberapa soalan oleh peserta, penceramah itu terpaksa menjawab, projek segera pilihanraya tu sebenarnya peruntukan pada asalnya dah ada tapi ditangguhkan pelaksanaannya kerana nak tunggu ada pilihanraya agar senang nak tunjuk kerajaan prihatin kat rakyat. Kalau tak, rakyat akan lupa bila awal-awal dah buat.

Lihatlah, terukkan…

Tapi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Nerus, Amiruddin Abdul Rashid telah cuba berbohong dan menggula-gulakan orang ramai dengan menyatakan ianya bukan rasuah. Memangglah ianya bukan rasuah kalau terus dilaksanakan projek itu tanpa tunggu pilihanraya tapi kalau tunggu pilihanraya baru nak bagi, maka akan jadilah seperi berlaku di Hulu Selangor tempoh hari, “Saya tolong anda, anda tolong saya”. Tu apa kebenda tu?

Mintak habuan undi bila bagi projek. Bukan rasuah ke tu wahai pandir?

Sinar Harian - Projek segera BN bukan rasuah

KUALA TERENGGANU: Projek segera yang ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya kecil bukan satu bentuk rasuah kepada pengundi kerana ia memberi manfaat kepada rak-yat, bukan individu.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Nerus, Amiruddin Abdul Rashid berkata, sebagai sebuah kerajaan, menjadi tanggungjawab BN untuk memenuhi keperluan rakyat dan projek mega itu salah satu daripadanyaa.

“Cuma secara kebetulan, semasa pilihan raya kecil projek akan disegerakan bagi menjamin keselesaan rakyat dan pembangkang tidak harus menuduh kita bukan-bukan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Amiruddin berkata, walaupun BN banyak meluluskan projek untuk rakyat namun ia tidak menjadi penentu kepada kemenangan parti itu dan perkara tersebut dapat dibuktikan dengan pilihan raya kecil yang berlangsung sebelum ini.

Walaupun kalah katanya, ada sebahagian projek berkenaan tetap diteruskan kerana itu janji kerajaan kepada rakyat.

Tiada ulasan: