Jumaat, 8 Oktober 2010

Populariti Najib Merudum Akibat Sikap 'Flip Flop'

Oleh Fazli othman
najib-popularitiSHAH ALAM - Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah laman web pro-Umno, nobisha.com mendapati tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jatuh menjunam di kalangan pengundi Melayu hampir 30 peratus dalam masa tiga bulan.

Dalam kajian bertajuk “Analisis Malaysia”, hanya 56.5 peratus atau 1,383 responden yang terdiri daripada kaum Melayu atas pagar berpuas hati dengan kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.

Kajian terbaru ini sekaligus menyanggah kajian yang dijalankan Merdeka Centre pada Mei 2010 yang mengatakan 78 peratus pengundi Melayu berpuas hati dengan kepimpinan Najib.

Ahli Parlimen Datuk Johari Abdul yang dihubungi Suara Keadilan berkata beliau bersetuju dengan pandangan tersebut kerana apa yang diuar-uarkan oleh Najib melalui slogan 1 Malaysia hanya retorik semata-mata.

Menurutnya, apa yang dilaungkan Najib mengenai 1 Malaysia hanyalah omongan kosong kerana mengamalkan dua polisi yang berbeza dalam melayan kehendak swaya, Petubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

"Dalam pada Najib menghebah-hebahkan semangat 1 Malaysia, pada masa yang sama beliau melayan permintaan Perkasa yang ekstrimis dan tidak munasabah. Malahan, beliau nampaknya tidak konsisten dalam isu Perkasa dan dilihat semakin menjadi-jadi menyemarak sentimen perkauman.

"Beliau kena buktikan 1 Malaysia kerana rakyat boleh baca Najib hanya bermain politik semata-mata untuk memancing undi.

"Saya tidak berasa was-was jika sokongan orang Melayu merundum kerana sikap dan dasar 'flip-flop' beliau sehinggakan pemimpin Umno turut tidak mempercayai beliau," ujarnya.

Kata Johari lagi, Najib sekarang ini diibaratkan seperti masuk ke dalam tanah jerlus, terperangkap dan berada di dalam keseorangan tanpa sesiapa pun ingin membantu beliau.

Pengendali web berkenaan, Norizan Sharif yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif INMIND, sebuah organisasi pemikir bagi kerajaan negeri Selangor semasa di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional, mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam pengurusan organisasi termasuk terlibat secara langsung dalam aktiviti penyelidikan, penulisan dan latihan.

Beliau juga membuat pengkhususan dalam bidang Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.

Kajian beliau tersebut adalah siri projek kajian pendapat awam komuniti atas talian yang dilaksanakan menerusi blog “Bicara Nobisha” http://www.nobisha.com.

Kajian tersebut dijalankan bagi mengetahui pendapat komuniti atas talian terhadap isu sosio-politik bagi mengalakkan perbahasan isu secara berhemah; sekaligus mematangkan proses politik di negara ini.

Siri pertama kajian ini memaparkan pandangan 1,383 responden berbangsa Melayu dalam soal kepimpinan negara dan politik Malaysia dari sejumlah 1,483 responden berbilang bangsa.

Kajian itu juga mendapati hanya 28 peratus responden berpuas hati dengan prestasi anggota Kabinet secara keseluruhannya manakala hanya 36.4 peratus berpuas hati dengan cara mereka menguruskan isu dalam negara.

Dalam kajian pendapat awam tersebut, sejumlah besar responden iaitu 42.8 peratus tidak berpuas hati dengan cara anggota Kabinet menguruskan isu dalam negara manakala 20.8 peratus lagi tidak pasti mengenai hal itu.

Menurut laman web tersebut, antara yang dipertikaikan ialah perlantikan Senator sebagai Menteri dan parti komponen Barisan Nasional yang kalah diberikan tempat yang banyak dalam Kabinet.

Selain itu percanggahan keputusan antara seorang Menteri dan seorang Menteri yang lain seperti pengumuman pemindahan Parlimen ke Putrajaya, pembatalan keputusan kerajaan dalam isu kenaikan harga minyak, perbezaan pendapat antara Menteri dan Timbalan Menteri dalam isu isu Akta Universiti dan Kolej adalah antara perkara yang menjadi perhatian komuniti atas talian.

Umno tidak berubah

Sebanyak 43.7 peratus responden tidak bersetuju bahawa Umno telah berubah menjadi sebuah parti yang lebih baik selepas Pilihan Raya Umum ke-12 sementara 20.4 peratus lagi menjawab tidak pasti.

Hanya 35.9 peratus sahaja responden bersetuju Umno telah berubah menjadi lebih baik.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna Pakatan Rakyat boleh berada dalam keadaan yang cukup selesa.
Ini kerana hampir separuh iaitu 48.1 peratus responden tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa Pakatan Rakyat telah memenuhi harapan pengundi, manakala 27.9 peratus lagi merasa tidak pasti.

Hanya 24.0 peratus responden sahaja yang setuju Pakatan Rakyat telah memenuhi harapan pengundi.

Sebanyak 66.8 peratus responden berpendapat, Barisan Nasional akan kekal mentadbir Kerajaan Persekutuan, manakala 33.2 peratus responden lagi berpendapat Pakatan Rakyat akan menang dalam PRU-13.

Keputusan kajian ini juga menunjukkan kerajaan mengawal dan mengongkong organisasi media utama di negara ini tanpa memberi ruang kepada kebebasan media menyebabkan rakyat memperolehi maklumat yang terhad.

Sebahagian besar responden iaitu 86.0 peratus yang berpendapat BN akan membentuk kerajaan pada PRU-13, mendapat sumber utama dari akhbar (media cetak) dan radio serta tv (media penyiaran).

Bagaimanapun, jawapan responden yang mengatakan sumber utama mereka ialah internet berpendapat Pakatan Rakyat akan membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU-13 ialah sebanyak 48.3 peratus.

Ini bermakna media maya akan menjadi lapangan pertarungan utama kepada parti-parti politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

benarkah populariti najib merundum, saya lihat najib makin dikenali hingga ke luar negara. rasanya sokongan rkyat terhadap najib masih lagi kukuh.

azman berkata...

pekara ini menjadi penaik semangat untuk BN/UMNO terus bekerja kuat dan terus mendapat sokongan rakyat.

azman berkata...

dasar-dasar atau program-program yang diperkenalkan PM sebenarnya adalah baik dan boleh membawa Malaysia untuk menjadi lebih maju.

Sanih Alias berkata...

Saya rasa begitu juga. Datuk Najib masih ada sokongan yang kuat dari rakyat melayu. Mungkin ini hanya rumusan dari pihak lain.

Unknown berkata...

Saya bukan apa, cuma apabila slogan 1Malaysia itu diwar-warkan, mulai timbul pula masalah2 perkauman sekarang. Mungkin ada pihak yang menggunakan slogan ini untuk menjatuhkan beliau. Saya berharap agar perkara ini diambil berat oleh perdana menteri kita.

Unknown berkata...

Diharap peristiwa 13 Mei tidak sekali-kali akan berulang lagi..

Mahsiran berkata...

itu sudah pasti ada pihak yang cuba untuk memburukan slogan 1 Malaysia dengan menimbulkan pelbagai masalah dengan 1 Malaysia. Inilah dinamakan politik.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya ia adalah satu pencapaian yang bagus, namun belum cukup baik. ini kerana Najib telah mengambil alih kepimpinan negara dalam keadaan yang cukup kritikal dimana beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah. lebih2 lagi dengan serangan pembangkang yang sentiasa berusaha menggagalkan setiap rancangan beliau.

Bi berkata...

Hmm....memang susah untuk puaskan hati semua, lebih2 lagi kita mempunyai ego, fikiran dan pendapat yang berbeza....JAdi adalah lebih baik kita sama2 mencetuskan idea untuk sama2 berdiri sama2 mebanggun daripada bertanding untuk menjadi hero dan saling bertentangan idea yang hanya akan menyebabkan kebinasaaan....

Unknown berkata...

konsep 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib adalah diterima oleh ramai.

Unknown berkata...

ramai yang ingin menjatuhkan Najib dan pakatan adalah salah satunya. amat menyedihkan kerana mereka ni melaung-laungkan mereka adalah parti komponen pilihan rakyat tetapi sebaliknya. rakyat tahu siapa betul siapa salah...cakaplah apa pun.

Unknown berkata...

adakah pakatan sudah ketandusan cara untuk memenangi hati rakyat sehinggakan mereka akan guna cara keji untuk memesongkan pemikiran rakyat? dengan memburuk-burukkan Najib?

Unknown berkata...

konsep 1 Malaysia sebenarnya ialah konsep murni tetapi diburuk-burukkan oleh parti yang mengidam jadi peneraju negara!

mike berkata...

retorik atau tidak terpulang kepada penilaian seseorang individu..yang pasti konsep 1Malaysia belum benar2 dipraktikkan..demikian juga dengan NEM..

mike berkata...

najib harus berusaha keras bagi merealisasikan konsep ini dan NEM..konsep ini haruslah diterangkan dengan jelas bagi mengelak kekeliruaan di kalangan rakyat..namun, sikap tidak mahu berubah adalah sesuatu uyang sukar diubah..sesuatu harus dilakukan oleh najib.

mike berkata...

karenah PERKASA tidak perlu dilayang sangat. perjuangan mereka kini dilihat sebagai ekstremis dan jauh terpesong dari hala tuju yang sebenar..ada baiknya jika PERKASA diharamkan pertubuhannya.

mike berkata...

isu2 rakyat harus diselesaikan oleh kerajaan bagi memenangi kembali sokongan rakyat kepada BN. sikap egois harus dikikis dan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' haruslah benar2 dipraktikkan..jika tidak, sikap 'flip flop' ini akan membawa kejatuhan kerajaan BN pada PRU13.

Anak Sabah berkata...

PM Najib perlu menjadi lebih tegas dalam pemerintahannya.

Anak Sabah berkata...

Jadikan ini sebagai dorongan untuk memperbaiki kelemahan diri supaya dapat menjadi pemimpin yang lebih baik.

kb girl berkata...

Belum tentu kajian ini menunjukan hal sebenar.

Unknown berkata...

Sokongan bakal kembali apabila negara mencapai perubahan yang ditargetkan.

Unknown berkata...

Jika kajian begini tepat, tak perlu lagi mengadakan pilihanraya.